Gila! Budak Uni Salib & Bakar Tikus Hidup-Hidup Pasal Tak Puas Hati Sebab Makan Kura-kura Belaannya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Belajar tinggi-tinggi tapi otak kat lutut! Ayat ni memang layak nak ditujukan kepada seorang mahasiswa ini Universiti di China ini.

Kalau ada haiwan perosak yang mengganggu ketenteraman kita, tak salah untuk kita bunuh, tapi janganlah sampai mendera pula.

Penuntut institut tinggi ini telah membuat satu tindakan gila dek kerana marah apabila ada seekor tikus memakan kura-kura peliharaannya.

 

Ikat, salib & dibiarkan di tempat terbuka seharian

Sumber : WOB

Mungkin sebab terlalu bengang, dia ikat tikus tu dengan bentuk salib kemudian dibiarkan seharian di tempat terbuka dan  mempamerkannya di kawasan berhampiran kolam di Institut Seni Guangxi, Nanning pada hari Ahad 6 Januari lepas. 

Tak cukup lagi dengan perbuatan kejam tu, dia tambahkan lagi kezaliman pada tikus tu.

Menurut World Of Buzz, kelakuan pelajar tak ada sivik ini semakin melampau apabila dia terus menzalimi haiwan itu dengan membakar tikus tersebut hidup-hidup keesokkan harinya.

 

Masih tak puas hati, bakar pula hidup-hidup!

Sumber : WOB

Tak pasti samada tikus tersebut masih hidup atau tidak lepas dibakar, tapi yang pastinya kelakuan zalim ini dikecam hebat oleh netizen negara tersebut.

“Anda boleh bunuh tapi jangan seksa tikus tu”

“Bukankah kejam membakarnya? Ya, memang tikus memakan kura-kura tu tetapi bukankah ia masih kejam? Mereka semua ciptaan Tuhan”

Biasalah orang yang ada haiwan peliharaan ini akan faham betapa sakitnya bila kehilangan ‘kawan’ atau ‘peneman’ tapi tak perlu lah sampai bertindak di luar kawalan. Bahkan ianya haiwan yang tidak dikurniakan akal fikiran betul tak?

Baca :Ikat Leher Sampai Nak Putus! Kenapa Ramai Sangat Suka Dera Kucing?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.