“Geografi kau dapat apa dik” – Lelaki Ini Kongsi Gambar Teluk Intan Tapi Kena Kecam Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa pernah pegi Teluk Intan? Alah tempat yang ada menara condong tu. Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Anson atau Teluk Ansun ni terletak di negeri Perak. Tempat yang ikonik sebab banyak simpan sejarah ni memang selalu jadi tumpuan pelancang dalam dan luar negara sebab semua nak tengok menara condong dekat situ.

Tapi korang pernah tengok tak aerial view Teluk Intan? Ada sorang warga Twitter ni share gambar yang admin rasa diambil menggunakan drone, memang mendapat perhatian ramai. Bukan sebab tempat tu sendiri, tapi sebab caption mamat tu lah. Nah korang tengok sendiri tweet dia.

Dah nama pun teluk!

Ya itu lah yang admin dan netizen lain cakap. Bukan nak kata admin pandai sangat, tapi admin boleh lah beza teluk dengan pulau macam mana. Kau mesti tido time kelas geografi dulu ni

Kan, memang bentuk teluk macam tu, dah nak bentuk macam mana lagi. Ish aku ketuk kepala kau ber-teluk juga japgi.

Pulau lain bentuknya dik. Yang ni teluk, kalau tak takkan lah nama dia Teluk Intan, mesti dah jadi Pulau Intan. 

Wah power lah pakcik, siap race sampan lagi. Bukan macam budak zaman sekarang, race moto. Memang rare lah pakcik ni.

Selamat datang ke kelas geografi. Hari ini kita akan belajar mengenai teluk. Ye teluk bukan pulau. Pulau nanti kita belajar, karang kena pulau pulak, tak sempat-sempat kau ni. 

Begitulah peri pentingnya ilmu. Iye tahuniat dia nak kongsi, tapi biasalah netizen, mengecam tu memang makanan harian. Takpa ilmu yang baik kita sama-sama share untuk kebaikan bersama. 

 

Baca: Peguam Jadi ‘Tak Betul’ Dan Bogelkan Diri Selepas Kemalangan Di Teluk- Intan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.