in

“Gemuk, tiba-tiba kurus dan sakit”- Sebelum Kes Adik Bella, Rupanya Ada Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Yang Sama?

Adam

Nampaknya isu rumah jagaan yang tengah viral ini makin menjadi bualan hangat apabila lelaki yang lebih dikenali sebagai Fdaus Ahmad ada spill tea pasal kes yang pernah viral dirumah yang sama.

Menurutnya, ketika negara sedang sibuk mengenai PKP pada Mei tahun lepas, seorang bayi 10 bulan yang dikenali sebagai Adam telah meninggal dunia dibawah jagaan rumah tersebut, cuma isu itu tidak hangat diperkatakan seperti sekarang.

 

Pihak rumah, dakwa Adam meninggal secara tiba-tiba

Namun begitu, sejurus sahaja isu mengenai adik Bella hangat, ia membuatkan individu ini untuk imbau semula kes adik Adam ini.

Menurutnya, adik Adam ini merupakan seorang bayi istimewa, difahamkan adik Adam ini juga bayi Syndrome Down, jadi, ia memerlukan penjagaan rapi.

210142959 10223700253948055 2582454731582470482 N
Arwah adam dalam keadaan ‘sihat’ dan ‘semangat’

Adam ni perlukan penjagaan rapi dan teliti sebab dia ni special, susu kena bagi minum on time elok elok.”

Susulan kes tersebut, individu ini menyatakan bahawa pihak rumah tersebut mengatakan yang bayi tersebut meninggal dunia secara tiba-tiba.

Disebabkan isu adik Bella menjadi buah mulut orang ramai sekarang ini, timbul rasa tanda tanya berkenaan isu adik Adam pula.

 

Kematian tragis Adam tahun lepas muncul semula menjadi teka teki. Adam yang gemuk, tiba tiba jadi kurus dan sakit.

Katanya lagi, kes penderaan yang berlaku kepada adik Bella ini, individu tersebuk syak ada kemungkinan ia disebabkan pengabaian.

211743441 10223700254388066 7995147995662966695 N 1
Arwah adik adam kelihatan kurus, difahamkan ia beberapa hari sebelum meninggal dunia

“Penderaan Bella, boleh menimbulkan syak kepada kita – bahawa adakah kematian Adam berpotensi terjadi akibat PENGABAIAN? Sudah ada kematian tetapi kita yang tak tahu apa telah terjadi. Sebab masa tu tiada siapa memberi syak wasangka.”

Persoalan ini baru sekarang muncul kerana pada waktu itu tidak ada siapa memberi syak wasangka.

Disebabkan itu, Fdaus Ahmad berharap agar pihak polis dapat menyiasat kes ini dan dapatkan semua post mortem untuk arwah Adam.

Dalam pada itu, individu ini turut kongsikan gambar keadaan adik arwah Adam dari berisi jadi kurus sehingga jenazah dikebumikan.

208303872 10223700503274288 5658722333402538601 N
Jenazah adik adam dikebumikan

Apapun, kejadian ini mungkin boleh berlaku disebaliknya, apapun jika ia sampai ke pihak berkuasa, biarlah mereka tentukan. Al-fatihah buat arwah Adam.

 

Baca : [VIDEO] Netizen Pertikai Tak Boleh Rentas Negeri, Polis Kongsi Kisah Bayi Meninggal Masa Nak Shopping Raya

Polis

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook