Gempar! Kamen Rider Pilih Gadis ‘Kelate’ Jadi Bini, Buat Keputusan Tinggal Di Malaysia.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, biasanya mereka akan menetapkan tema tertentu especially waktu outdoor photoshoot.

Mestilah pasangan mahukan yang terbaik sewaktu sesi bergambar tersebut. Tak kisah bayar mahal mana pun asalkan gambar yang dihasilkan memuaskan hati..Iyelah sekali seumur hidup kan?

 

Kamen Rider dah berkahwin guys~

Di twitter baru-baru ni viral gambar superhero Jepun ‘Kamen Rider’ dengan pasangannya yang memakai persalinan pengantin.

Sumber : Twitter

**takkanlah Kamen Rider kahwin minah Malaysia?

Haa korang jangan lah cepat melatah sebab itu merupakan tema wedding outdoor photoshoot @alifhakimazhar dan pasangannya yang baru melangsungkan perkahwinan pada bulan lepas.

Alif ni punya minat kat anime jepun ni, sampai photoshoot dia pun gunapakai tema tersebut..nasib baik isteri sporting kan.

 

Gadis melayu bersuamikan ‘Kamen Rider’

Sumber : Twitter

 

Alolo cuweetnya lahaiiii~

Alahai sweetnya lah Alif dengan isterinya ni kan. Nasib baik isteri faham dengan minat suami dan layankan jer.

Tapi part paling best sewaktu majlis perkahwinan Alif, superhero lain pun datang dan memeriahkan majlis Alif dan pasangannya..Perghh! ni betul-betul rare.

Sebelum korang fikir bukan-bukan, iyelah mungkin ada yang cakap ‘tak menyesal ke buat macam tu’, ‘ishh..merosakkan gambar je la dorang ni’.

Stop membawang okay guys sebab diorang pun ada gambar yang proper.

 

Sekali Kamen Rider melayu daaa

Haa amacam style tak? Ni baru lain dari yang lain kan. Mungkin ada sesetengah malu nak buat majlis macam ni tapi kahwin kan sekali seumur hidup. Why not!

Baca : Meremang Tengok Pengantin Zombie Masa Resepsi Perkahwinan, Tapi Lepas Dah Tau Pengantin Perempuan Rupa-rupanya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.