in

“Gelinya kamera dia” – Ada Netizen Yang Meremang Tengok Kamera Model Terbaru Nokia Ini Sebab..

Nokia9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni macam-macam jenis smartphone keluaran baru, masing-masing akan tonjolkan kelainan untuk menambat hati pengguna.


Antaranya, jenama telefon bimbit yang pernah menajdi pilihan nomnor satu di hati pengguna, Nokia. Terbaru, Nokia ada melancarkan model terbaru iaitu Nokia 9 PureView dimana ia hadir dengan 5 kamera.

Tak dinafikan pasti spesifikasi dan fungsi kameranya itu lebih canggih. Tapi, ia ternyata buatkan segelintir pengguna rasa meremang dengan model baru itu, nak tahu kenapa?

 

Trypophobia

1113 Trypophobia Understanding Fear Of Holes 732X549 Thumb
gambar hiasan

Untuk pengetahuan umum, trypophobia adalah sejenis fobia yang dialami oleh segelintir individu dimana dia akan rasa meremang atau terbayang-bayang bila tengok benda-benda berlubang.

Mungkin ada yang tak kisah tapi ada orang jenis tengok permukaan strawberi, buah tembikai pun rasa meremang.

Jadi, berbalik pada topik model terbaru Nokia ini, salah seorang pengguna Twitter ini menjelaskan bahawa dia rasa sedikit terganggu bila melihat kedudukan 5 kamera pada smartphone ini,

 

“Kedudukan kamera tersebut ( Nokia 9 PureView) buatkan meremang seketika”

Buktinya bukan sahaja individu ini ada juga orang lain yang rasa terganggu melihat kedudukan kamera tersebut.

Bagi yang tak ada masalah trypophobia ni mesti terpukau kan? Bukan satu, bukan dua tapi 5 kamera terus!

147226 Phones Feature Nokia 9 Pureview Camera Image1 K0Rpwbipuo

 

Gelinya tengok kamera dia – Netizen

Berlubang Berlubang2 Berlubang3 Berlubang4

Hmm, jelaslah disini bahawa rupa sesuatu produk memainkan peranan penting untuk tarik perhatian pengguna.

Kalau kita lihat maam-macam model smartphone yang ada banyak kamera tapi bentuknya tak mengganggu pengguna.

 

Baca : 7 Smartphone Terbaik Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama

Fon

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.