Seorang lelaki dari Miami, David Hines telah membuat pinjaman daripada bank berjumlah hampir RM17 juta untuk membeli kereta mewah Lamborghini Huracan dan barangan mewah yang lain.
Menurut permohonan yang dibuat, dia mengaku ada mengendalikan empat perniagaan bersama 70 kakitangan yang memakan kos perbelanjaan sehingga RM17 juta pada setiap bulan.
https://twitter.com/LaurenPozenWSB/status/1288074390018707456?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1288074390018707456%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.wionews.com%2Fworld%2Fflorida-man-who-bought-a-lamborghini-with-covid-19-aid-worth-4-million-316656
Pinjaman wang tersebut dibuat oleh Hines untuk kegunaan perniagaan yang terkesan ekoran pandemik Covid-19. Namun, lain pula yang terjadi apabila dia menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi. Hines ditangkap di atas tuduhan menipu pihak bank dan melakukan transaksi yang dilarang.
Berdasarkan laporan yang diterima, Hines menggunakan wang pinjaman tersebut dengan membeli kereta mewah, barang kemas, pakaian berjenama dan bercuti di pantai Miami.
Semua barangan yang dibeli dengan menggunakan wang tersebut sudahpun dirampas dan disita oleh pihak bank.
Jika disabit kesalahan, Hines boleh dihukum penjara sehingga 70 tahun.
Sumber: NST
BACA: Naik 6kg Dalam Masa Sebulan, Gadis Ini Kongsi Tips Naik Berat Buat Mereka Yang Kurus