in

Hubungan 9 Tahun Berakhir, Wanita Pasrah ‘Bersanding’ Sendirian Lepas BF Nikahi Perempuan Lain

Fi Curang Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki, jodoh, ajal, itu semua itu semuanya di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang dan berdoa untuknya.


Siapa sahaja yang mahukan sesebuah hubungan itu berakhir dengan kekecewaan lagi-lagi kalau sudah sembilan tahun menyulam cinta bersama.

Namun, kisah sedih ini terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Zizie apabila teman lelakinya memilih untuk menikahi orang lain Jumaat lalu.

Dah rancang untuk kahwin

Curang 4

“Saya dengan dia dah rancang untuk kahwin. Tapi nak buat macam mana, tiada jodoh. Kami berpisah Februari lalu. Masa tu kami sekadar senyap dan bawa haluan masing-masing.

“Saya memang tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan dia dah kahwin. Saya reda dan cuba bersangka baik, mungkin tuhan nak bagi yang terbaik.

“Sebab dah sembilan tahun, memang terlampau sayang. Tak ada istilah nak main-main, betul-betul fokus nak ke pelamin.

“Tipulah kalau tak sedih. Cuma saya nak cari kekuatan diri balik. Kita sedaya upaya nak dekatkan pun, tetap tak boleh lawan perancangan tuhan,” – katanya.

Zizie yang juga model sambilan berusia 20-an berasal dari Tumpat, Kelantan itu, tidak menyangka perkongsian video tentang kisah dukanya itu meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Lepas geram dekat punching bag

@zizierdzn

9 tahun macam macam kita lalui bersama , and hari ni 19/3 kau kahwin dengan pilihan hati kau .. aku doakan kau bahagia dengan si dia

♬ original sound – Zizie.rdzn – Zizie.rdzn

Dalam video itu juga, terlihat Zizie memukul punching bag dengan penuh geram seolah-olah melepaskan segalan kesakitan yang dipendam.

Turut terlihat juga, Zizie membakar beberapa objek yang menjadi kenangan antara mereka berdua seperti kad ucapan dan anak patung beruang.

“Sebenarnya punching bag tu dekat rumah saya. Dan ia juga bukanlah video baharu. Cuma bila berlaku macam ini, saya gabungkan video-video yang ada untuk dikongsi di TikTok.

Curang 2

“Biasanya sebelum ini saya guna punching bag untuk lepaskan rasa yang terbuku. Lain orang lain caranya. Pada saya, bila pukul tu, saya rasa seolah-olah dah buang semua masalah.

“Bila dah pukul punching bag, rasa jatuh beban, rasa ringan. Ada video lama ada video baru saya gabungkan semua jadi satu video.

“Ada beberapa barang kenangan tu saya bakar. Sebab dia pun dah kahwin, dah jadi milik orang dan barang-barang kenangan berkait saya bakar.”

 

Curang 3

 

Menurutnya juga, video berkenaan menunjukkan perjalanan hubungan antara mereka berdua.

“Video tu juga nak tunjuk perjalanan bagaimana saya gembira pada awalnya, kemudian sedih dengan 1001 masalah dan saya bangkit semula,” ujarnya.

Selain itu, Zizie turut sempat membuat photoshoot memakai busana pengantin bersendirian selepas mendapat berita tentang bekas kekasihnya tempoh hari.

Katanya, ia sekadar simbolik melengkapkan janji yang sudah dilafaz walaupun hanya sekadar ‘bersanding’ bersendirian.

“Sebab saya tahu dia akan jadi suami orang, saya nak tepati janji yang kami bina untuk kahwin sama-sama.

“Lepas dapat tahu, saya usaha juga nak pakai baju kahwin seorang diri untuk tepati janji itu.

“Walaupun tahu dia bukan suami saya, saya tetap teruskan shoot gambar kahwin, biarpun saya berseorangan tanpa pasangan,” luahnya.

Zizie menerima sokongan yang kuat daripada keluarga dan teman rapat. Namun dia juga tidak sangka mendapat sokongan daripada netizen di TikTok.

Menurutnya, ramai netizen yang turut berkongsi kisah duka masing-masing ada yang sama dan ada juga yang lebih teruk dari apa yang dilaluinya.

 

Reak Curang 1 Edit

Reak Curang 2 Edit

 

“Keluarga, kawan-kawan semua bagi kata-kata semangat. Mereka sangat memahami, malah ramai juga yang kongsi kisah mereka.

“Pada saya, video saya kongsikan itu merupakan kenangan bergerak. Saya pun suka buat video. Tak sangka ramai yang nak kongsi kisah mereka.

“Ada kisah cerai, kisah tunang tapi tak jadi kahwin dan macam-macam lagi diceritakan netizen. Kalau kita rasa teruk, ada yang lebih teruk sebenarnya.

“Allah uji sebab Allah sayang. Kalau Allah tak uji, itu saya jadi takut. Sekarang saya nak buktikan yang saya boleh bangkit.

“Tiada siapa boleh tolong melainkan diri kita sendiri. Saya cuma nak pesan, kalau kenal seseorang, tolong jangan terlalu berharap.

“Jangan kenal lama-lama sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Kalau serius, kahwin terus. Hati orang mudah berbolak balik,” ujarnya lagi.

 

Baca : “Mimpi ngerilah kau” ; Wanita Buat ‘Surprise’, Hias Bilik Teman Lelaki Dengan Mesej Curangnya Pada Tiga Wanita Lain

Foot Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.