Semenjak kita mula berpuasa pada 3 April lepas, tak dinafikan kemeriahan pengunjung ke bazar Ramadan berdekatan dengan rumah memang menjadi tumpuan orang ramai.
Tambah pula, kalau juadah-juadah yang dijual tu hanyalah ada ketika bulan puasa. Memang berpusu-pusulah orang berebut untuk beli sebab susah dapat selain dari bulan Ramadan seperti Tepung Pelita, Roti John dan sebagainya.
Baru-baru ini juga sebuah gerai di Bazar Ramadan TTDI telah pun viral di media sosial kerana menjual Nasi Beriani Daging dengan harga RM20 namun lauknya tak setanding dengan harga yang dikenakan.
@jomtrytest Ramai sangat orang kat Bazaar TTDI, kita pun beratur dan beli je tak cek harga pun, ingatkan beriani daging paling mahal pun RM15. Tu diaaaa.. tak tau la, ni penangan covid ka, penangan TTDI atau harga Ramadhan…hehehe #bazaarramadan #pasarramadan I cakap kat kawan foreigner I, this what we say strangle blood price..hehe
Ramai menyifatkan harga tersebut agak keterlaluan kerana lauk yang dihidangkan hanyalah seketul daging, telur rebus yang tak dikopek malah tiada sebarang sayur yang disediakan.
“RM20 baik beli nasi lain, campur murtabak dengan air. Puas kau sorang-sorang makan minum” – Komen netizen
“Orang tamak selalu rugi…”
Selepas menerima bermacam kecaman dari netizen, seorang pengunjung telah memuat naik video di akaun TikTok miliknya iaitu @lokim_hyder sebagai update keadaan gerai tersebut sehari selepas kecoh tentang Nasi Beriani jualannya.
https://www.tiktok.com/@lokim_hyder/video/7083465464332012826?_r=1&_t=8RHVBbuP56X&social_sharing=v3
Jelas kelihatan dari video itu bahawa gerai tersebut ibarat hidup segan mati tak mahu kerana tiada pelanggan yang singgah ke kedai tersebut malah nasi jualannya juga tidak tersusun di atas meja seperti sebelum ini.
“Dah habis jual dah tu”
Di bahagian komen pula, rata-rata meluahkan rasa sedih kerana tiada pelanggan namun hak mereka sebagai pembeli juga tidak seharusnya diabaikan lagi-lagi ketika sedang berpuasa.
Namun, difahamkan sebenarnya gerai tersebut telah pun habis dijual dan menunggu masa untuk mengemas barang-barang mereka. Eh mana satu yang betul ni?
Hmm, mungkin betul lah kot makanan diorang dah habis dijual. Apa-apa pun, korang jangan sampai salah beli okay? Berjimat bila berbelanja tau…
Baca: “Sampainya hati” – Gadis Terkejut Peniaga Bazar Menipu, Tergamak Jual Rangka Ayam Tak Disiang?