Gadis Kongsi Kisah Hampir Ditipu Mekanik Kereta Sebanyak RM3500

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kita sering mendengar cerita dan nasihat untuk berhati-hati daripada menjadi mangsa ditipu mekanik kerana kebanyakan daripada kita tidak tahu banyak tentang hal kereta. Bagaimanapun, seorang gadis baru-baru ini menceritakan pengalaman mengecewakan yang dilalui apabila hampir ditipu dengan sjejumlah wang yang banyak.

“RM3,500 mungkin tidak banyak bagi sesetengah orang, tetapi pada saya wang sejumlah itu boleh membeli makanan selama 7 bulan, sewa selama 10 bulan.

Sebuah bengkel kereta di Sungai Buloh (anggaplah nama kedai A) beritahu gear box kereta saya rosak dan saya perlu membayar RM3,500 untuk menggantikannya dengan yang baru. Ibu dan ayah saya pula beritahu untuk tunda kereta ke rumah. Kemudian, pekerja di bengkel A itu secara tiba-tiba menarik balik kata-katanya dan memberitahu saya bahawa kos sebenar untuk membaiki gear box itu hanyalah RM1,200 dan saya tidak perlu menggantikannya dengan yang baru.

 

Memandangkan pada ketika itu sudah jam 7 malam (bengkel itu tutup pada jam 7pm) dan saya belum membuat keputusan apa yang mahu dilakukan, saya hubungi syarikat insurans untuk membatalkan kereta tunda memandangkan A menawarkan saya pilihan yang lebih murah, dan saya perlukan masa untuk membincangkan keputusan saya.

Saya beritahu A, “Saya beritahu kereta tunda untuk tidak datang dahulu. Saya akan singgah bengkel esok dan buat keputusan.” Saya yakin bahawa saya tidak memberitahunya untuk lakukan apa-apa terhadap kereta saya.

Apabila saya hubungi mereka keesokan harinya untuk memaklumkan bahawa saya mahu kereta saya ditunda ke bengkel yang lain, lelaki itu kemudian memberitahu saya, “Huh? Saya sudah leraikan gear box. Awak kata saya boleh baiki kereta awak?”

Terjemahan:

Saya tahu dia hanya mahukan wang saya, jadi saya bertengkar dengannya. Saya tidak pernah beritahu dia untuk sentuh kereta saya tetapi dia tidak berhenti-henti memberitahu bahawa gear box kereta sudah dileraikan. “Saya sudah keluarkannya. Awak perlu bayar upah kepada saya.”

Saya pula tidak berhenti-henti berkata saya tidak akan bayar dan lelaki itu menambah “Kami malah meminta pekerja untuk menolak masuk kereta awak ke dalam bengkel kerana takut dicuri.”

Saya cuma beritahu dia bahawa saya akan membayar bayaran ‘parkir semalaman’. Lelaki itu dengan beraninya meminta bayaran sebanyak RM250. Saya berkata, tidak mungkin, paling banyak saya akan bayar hanya RM100.

Sumber: Moretify

Akhirnya, saya hanya membayar mereka RM100.

Apabila saya pergi ke bengkel B, selepas diperiksa, mereka beritahu gear box tidak rosak langsung. Hanya pelincir minyak tidak diletakkan di tempatnya dengan baik, dan sedikit kebocoran minyak. Mereka kemudian membantu saya dengan menambah minyak dan saya hanya dikenakan bayaran sebanyak RM80.

Saya mesej A dan beritahu mereka bahawa mereka mempunyai hati yang busuk kerana cuba menipu saya. Lelaki itu berpura-pura tidak tahu bahawa gear box saya tiada masalah.

Ceritanya, gear box saya tidak rosak tetapi kereta saya rosak kerana kebocoran minyak. Walaupun dia beritahu bahawa dia hanyalah seorang ‘pekerja’, tetapi dia juga adalah anak bos. Masalah itu boleh selesai dengan hanya RM80 dan dia malah cuba menipu saya untuk RM3,500!

Saya anggap RM100 itu adalah sebagai pengajaran. Saya harap tiada siapa yang menjadi mangsa. Jika anda letakkan kereta di bengkel, pastikan anda bertanya tentang bengkel yang bagus, jika tidak anda mungkin dikenakan bil yang tinggi!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!