in

“Frekuensi tak sama”- Dato’ Rizalman Umum Private Akaun IG & Tapis Followers

R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya nama pereka fesyen nombor satu negara Dato’ Rizalman Ibrahim sedang menjadi perhatian warganet semenjak kes ikan salmon baru-baru ini.


Sebelum ini, beliau dikatakan telah membuang kesemua foto di laman Instagram miliknya dan baru-baru ini beliau telah sulitkan profilnya. Namun begitu, beliau ada membuat satu kenyataan dan amaran kepada netizen.

 

“IG ini akan private buat selama-lamanya”

Dalam penjelasannya, beliau menjelaskan bahawa dirinya sebenarnya sama sahaja dan tiada apa-apa perubahan pada dirinya.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsikan strategi yang akan dilakukan kepada akaun Instagram miliknya.

“Saya tak panggil haters, tapi saya panggil tidak sama frekuensi, pemikiran dan kehidupan dia. Jadi IG saya dilihat oleh orang yang frekuensi yang berbeza, dalam tubuh jasad yang berbeza dan pancaindera yang berbeza, maka akan berlakunya perbezaan frekuensi yang bertembung di dalam satu ruang masa atau ruang fizik.”

Disebabkan itu, Dato’ Rizalman membuat keputusan untuk membuat sedikit ‘pemulihan’ di dalam Instagram miliknya, Ini bertujuan untuk memudahkan kedua-kedua belah pihak iaitu dirinya dan netizen supaya tidak ada perkara toksik berlaku.

Jadi, Dato’ Rizalman membuat penjelasan menerusi IGTV dengan menggunakan teori berfasa yang seolah-olah seperti Pelan Pemulihan yang dilakukan oleh pihak kerajaan baru-baru ini.

Rizalman

Dipendekkan cerita, akaun IG itu akan disulitkan sampai bila-bila untuk ‘perangkap’ golongan netizen yang bersikap negatif.

Lebih gemar menggelarkan diri segelintir warganet ‘tiada kesamaan frekuensi’ berbanding haters, beliau menegaskan bahawa jika mereka enggan untuk unfollow dirinya dari media sosial tersebut.

“Mereka akan dicari oleh bakteria-bakteria baik dalam @rizalman71 itu seperti pekerja-pekerja aku dan admin-admin aku yang akan mencari mereka yang tidak mahu keluar ini.”

Akui akan ambil masa untuk melakukan perkara ini, Dato’ Rizalman tidak akan kongsikan sebarang perkara menarik kerana beliau akan membuat satu lagi akaun peribadi miliknya dan hanya golongan tertentu sahaja boleh melihatnya.

Oleh itu, beliau meminta agar mana-mana followers yang kurang senang dengan dirinya untuk segera unfollow. Dirumuskan bahawa, Dato’ Rizalman akan tapis follower di Instagram supaya tidak lagi berlaku sebarang isu yang melibatkan dirinya.

 

Baca : “Ini baru betol, sesuai sgt!” – Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Netizen Anggap Dato’ Rizalman Adalah Calon Paling Layak

Rizalman4

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.