in

“Duit dapat kat sape? Halal ke haram duit tu?” – Viral Gambar MPK Nak Jual Barang Disita, Netizen Kecam

Feat2 2

Netizen mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang dikatakan mahu menjual semula barang-barang yang telah mereka sita.

Melalui Facebook, MPK telah memuat naik poster menunjukkan jumlah barang-barang yang akan dilelong kepada orang awam. Poster itu telah dimuat naik semula oleh seorang individu di grup Warga Kuantan OFFICIAL dan ramai ahli grup tersebut turut sama tidak bersetuju dengan tindakan MPK.

Mpk

Rata-ratanya mempertikaikan tentang duit yang bakal mereka peroleh hasil lelongan barangan sitaan tersebut dan ada yang cadangkan lebih baik barangan itu semua dipulangkan kepada pemilik daripada dijual semula.

Ramai juga yang mengkritik tindakan MPK untuk menjual semula barangan yang telah dirampas daripada peniaga di sekitar bandar tersebut. Seorang netizen berkata,

Dah sita pastu jual , duit tu dapat ke sape ? Halal ke haram duit yg dapat tu? Naya naya”

Image From Ios 1

Komen

Difahamkan, (jika ia tetap dilaksanakan) lelongan awam itu dijadualkan pada hari ini pada jam 10 pagi tadi di aras bawah, Terminal Sentral Kuantan.

Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis kami telah memeriksa semula Facebook rasmi MPK dan mendapati posting tersebut telah pun dipadam. Tidak dapat dipastikan sama ada acara lelongan barangan sitaan itu tetap diteruskan atau dibatalkan selepas mendapat tentangan serta kritikan hebat daripada ramai penduduk di bandar berkenaan.

Mpk2

Baca: “Job scope tak padan dgn gaji” – Syarikat Jual Niqab Dikecam, Cari ‘Content Creator’ Tapi Tak Boleh Ada ‘Depression’

Feat4 3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook