in

“Dorang tengah menyorok ke tu?” – Orang Ramai ‘Berkhemah’ Atas Bukit Di Indonesia Ketika COVID-19 Sedang Kemuncak!

Featured Image 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular gambar yang menyaksikan keadaan Bukit Alas Bandawasa di Bogor, Indonesia dipenuhi dengan orang ramai yang mendirikan khemah di kaki bukit tersebut.


Menerusi akaun Twitter Pendakilawas, dia telah memuat naik gambar itu pada 31 Mei tahun ini. Apa yang paling mengejutkan mereka duduk disitu ketika negara tersebut sedang mengalami masalah serius tentang COVID-19.

Bukit1

Bukit2

Difahamkan, bukan rakyat Indonesia sahaja di bukit itu, malah adalah pelancong dari negara luar juga. Dorang ni nak menyorok dari Coronavirus ke apa sebenarnya?

Tweet ini telah mendapat tarikan netizen di negara sana dengan jumlah 7.4K Retweet. Atas dasar kebimbangan, isu ini telah mencuri perhatian Ketua Kementerian Komunikasi Teknologi Maklumat, Agustini Rahayu.

Menurutnya, melancong sememangnya adalah aktiviti yang akan dilakukan selepas tamatnya penularan COVID-19, tetapi mereka perlu juga melihat arahan negara tersebut bagi masuk ataupun tidak.

Berkaitan dengan isu tersebut, badan kerajaan disana telah sediakan SOP baharu untuk pelancong yang berada di bukit tersebut.

SOP yang baru itu akan fokus pada 3 faktor iaitu kebersihan, kesihatan, dan keselamatan. Ianya juga termasuk panduan dalam pengaturan pelancong.

Sebelum diguna pakai, terdapat beberapa protokol yang perlu mereka cuba dahulu sebelum melaksanakan SOP ini. 

Jadi, pelancong disana ada SOP mereka sendiri ye…

 

Baca: Penduduk Yang Ingkar Social Distancing Di Indonesia Dihukum Kebumikan Mayat Covid-19!

Annotation 2020 06 05 125453

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.