in

Disebabkan Content, Passport Influencer Luar Negara Dirampas Buat Prank Lukis Mask Di Muka Sambil Berjalan Di Bali

Prank2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang orang sanggup buat apa sahaja demi content untuk meraih perhatian di media sosial sampai lupa kesan yang mendatang.

Dua orang influencer ini telah dirampas passport kerana buat content prank ketika musim pandemik global ini. Salah seorangnya pergi lukis pelitup mukanya sambil berjalan di sebuah pasaraya di Bali.


Seperti yang kita sedia maklum, berjalan di tempat awam tanpa memakai pelitup muka dikira satu kesalahan di sesetengah tempat seperti di Malaysia, termasuklah di Bali.

 

Buat prank semata-mata untuk content

Video itu dimuat naik oleh seorang prankster Taiwan-Amerika Josh Paler Lin di Facebook pada 16 April lepas. Dalam video itu menunjukkan dia dan teman wanitanya, influencer dari Russia Lisha Se cuba nak masuk pasaraya tapi dihalang oleh pengawal kerana si teman wanita itu tak pakai mask.

Mereka berdua kembali ke kereta dan Josh mula lukis mask dengan muka Lisha sebelum masuk ke dalam pasaraya itu semula. Josh bagaimanapun menggunakan pelitup muka betul dan mereka tunjuk diri mereka berjalan di dalam pasaraya itu.

Ramai yang kurang senang dengan tindakan mereka berdua dengan melabelkan diri mereka sebagai orang yang tak bertanggungjawab
kerana sengaja melanggar peraturan tempatan dengan menggunakan “prank” sebagai alasan.

Akibat kecaman hebat yang mereka terima, video itu telah dipadamkan daripada YouTube teman wanitanya dan Facebook Josh walaupun ia masih boleh ditonton menerusi saluran lain kerana ramai yang muat naik semula video klip tu.

Menurut sumber, kerajaan Indonesia telah mengesahkan bahawa passport kedua-dua mereka ini telah dirampas dan kini masih dalam pertimbangan untuk menghantar mereka balik ke negara asal.

Menurut JOE, mereka bersama-sama pegawai undang-undang, pasangan ini telah menyiarkan video permintaan maaf.

Mereka mendakwa dalam video prank tersebut bertujuan untuk “menghiburkan orang” dan tidak berniat untuk melanggar peraturan dan menghasut orang untuk tidak memakai pelitup muka.

 

Baca : Hampir 2 Tahun Tidak Bersua, Ini Yang Terjadi Bila Pasangan Kembar ‘Prank’; Ayah Mereka

Prank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.