in

Diejek Lahirkan Anak Wajah ‘Pelik’, Wanita Dipulau Dengan Orang Kampung & Suami Pula Lari Menghilang

Ft Dipulau Diejek Lahirkan Anak Alien

Kisah seorang wanita dan anak lelakinya mendapat perhatian baru-baru ini selepas dana untuk merawat kanak-kanak itu dimuat naik di GoFundMe. Lebih mengejutkan, nasib dilaluinya sangat menyedihkan sejak dia melahirkan kanak-kanak tersebut.

Bajeneza Liberata yang berasal dari Rwanda telah ditinggalkan keluarga dan suaminya hanya beberapa hari selepas melahirkan anaknya kerana lelaki itu tidak dapat menerima hakikat anaknya dilahirkan tidak sempurna. Malah, dia berkata anaknya itu adalah daripada benih syaitan dan tergamak menyuruh isterinya untuk membunuh zuriat mereka.

Ibu Pegang Anak Perlukan Bantuan Untuk Rawatan

Menurut Utusan, Bajeneza berkata anak-anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun anak bongsunya itu dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza. Katanya, sejak dilahirkan anak itu tidak pernah dibawa untuk diperiksa keadaannya kerana tidak mempunyai wang.

Selepas suami melihat anak kami yang dilahirkan dengan keadaan berbeza, dia terus menganggapnya sebagai anak syaitan dan meninggalkan saya bersendirian.”

Saya juga tidak tahu masalah yang dihadapi anak saya ini, kerana kami tiada duit untuk mendapatkan khidmat perubatan.”

Anak Dilahirkan Berbeza

Bukan hanya ditinggalkan suami serta keluarga, Bajeneza berkata dia turut dipulaukan serta dipinggirkan oleh penduduk kampung yang menggelar anaknya sebagai ‘makhluk asing’ disebabkan bentuk kepalanya berbeza daripada bayi normal.

Nasib saya baik apabila seorang sukarelawan membawa saya dan bayi pulang ke kampung. Penduduk mempersendakan dan memanggil anak saya raksasa.”

Penduduk4

Laman web GoFundMe telah melancarkan misi bagi mengumpul dana untuk Bajeneza dan rawatan anaknya yang perlu dilakukan di luar negara memandangkan negara tersebut tidak mempunyai kemudahan itu.

Wanita ini memohon bantuan merawat anaknya di luar negara kerana tiada kemudahan di negara ini. Wanita ini memohon bantuan merawat anaknya di luar negara kerana tiada kemudahan di negara ini.”

Sementara itu, video Youtube oleh Afrimax English tentang dua beranak ini mendapat perhatian dan telah menerima lebih 2 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 18 Ogos lepas.

Baca: “Kami dapat bantuan setiap bulan” – Suami Nenek Tular Perjelas Isteri Pergi Menjaja Kerana Bosan, Tak Hidup Susah

Che Munah

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube