in

Diana Danielle Terkilan, Tegur Pensyarah Yang Suka Bagi Nombor Telefon Sesuka Hati Dekat Student

ft diana danielle tegur student

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang sewenang-wenangnya kongsi nombor telefon miliknya.

Rasa kesalnya itu diluahkan menerusi satu video di TikTok di mana dia membuat teguran agar tidak sesuka hati kongsi nombor telefon seseorang tanpa kebenarannya.


Artikel berkaitan : Ditegur Netizen Nampak Hamil, Diana Danielle Sangkal Sedang ‘Berbadan Dua’

Artikel berkaitan : “Kami tumpang gembira” – Farid Kamil, Diana Danielle Kembali Bersatu Selepas Sebulan Berpisah

Dalam video tersebut, Diana Danielle meminta orang ramai untuk tidak normalize kongsikan nombor telefon seseorang itu kepada pihak lain tanpa kebenaran tuan badan.

Ia kerana Diana ada menerima mesej daripada seorang siswazah yang mahu melakukan sesi wawancara dengannya untuk projek mereka.

Kurang selesa dengan mesej tersebut, Diana ada bertanyakan kepada siswazah itu dari mana dia dapat nombor telefon miliknya.

“Dia kata dia dapat nombor telefon saya daripada pensyarah dia, saya terkejut, sebab sebagai seorang pensyarah saya rasa ia sangat penting untuk awak, untuk bagi tunjuk ajar langkah-langkah yang lebih profesional untuk menghubungi seseorang.”

“Awak tak kenal saya, saya tak kenal awak, jadi awak tak boleh sewenang-wenangnya bagi nombor telefon saya kepada pelajar awak, itu nombor peribadi saya.”

@diana.danielle

This applies to everyone not just celebrities, normalise asking for permission when we want to share each other’s phone numbers ya hear? It’s all love though

♬ original sound – Diana Danielle – Diana Danielle

Oleh itu, Diana Danielle menjelaskan prosedur yang sepatutnya dilakukan jika ingin berurusan dengan seseorang iaitu hubungi melalui e-mel dan perlu ada batasan ketika berhubung dengan seseorang. Jelas Diana lagi, dia sangat tak selesa jika ada orang lain tidak hormat privasinya.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.