in

“Dialah yang mengambil alih tempat ayahnya” – FoodRider Meninggal Dunia Dihempap Pokok Akibat Ribut

Rider 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika diperhatikan, sejak kebelakangan ini waktu petang je mesti akan ada hujan ribut kan? Bahkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sendiri dah memberikan amaran ribut petir bakal melanda sehingga Sabtu ini (16/4/2021) baru-baru ini.


Kesannya, kita dapat lihat sendiri di media sosial video dan foto banjir, pokok tumbang bahkan angin yang kencang sampai kaca di sebuah stesen pengangkutan awam pecah.

Selain itu, kisah paling menyedihkan apabila mengetahui khabar berita seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok tumbang akibat ribut semalam.

 

“Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga.”

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 4 petang itu, mangsa Syed Izzat dikatakan telah berjaya ditarik keluar orang ramai. Namun, dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan tak lama selepas diselamatkan.

Ia sudah semestinya mendatangkan rasa sebak apabila kita cuba bayangkan betapa gigihnya arwah dalam mencari rezeki kerana sanggup mempertaruhkan nyawa.

Lebih sayu lagi, BERNAMA melaporkan bahawa Allahyarham Syed Izzat sebenarnya tengah membanting tulang kerana dia menggantikan tempat ayahnya yang tidak boleh bekerja selama dua bulan akibat menjalani pembedahan.

Rider Kisahdunia.com F7852Caefdb0041E15Bf352B252883D8

Sumber melaporkan bahawa pemuda 20 tahun ini pada waktu itu dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng sebelum dahan itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras.

 

Baca : Amaran Ribut Petir Setiap Hari Pada Sebelah Petang, DBKL Minta Warga KL Berwaspada Cuaca Buruk Hingga Sabtu Ini

Ribu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.