Categories: DahsyatViral

Dia Tak Bayar, Dia Pulak Nak Mengamuk….

Dapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Aduhai benda kecik je pun, patut settle je situ tak payah gaduh gaduh…

Sebuah video menunjukkan lelaki dipercayai berpangkat Dato’ mengasari pekerja pejabat parking viral baru-baru ni. Kejadian tu dikhabarkan berlaku dekat sebuah hotel 5 bintang di KL pada 18 September lalu.

Tweet yang viral tu mengatakan yang perkara tu berlaku disebabkan salah faham dan pekerja tersebut ada terima ugutan daripada lelaki tersebut.

Melalui video tu, lelaki tersebut dilihat muncul dan terus menyerang pekerja berbangsa India berkenaan. Dia kemudian baling walkie talkie ke arah pekerja tu sebelum masuk ke dalam pejabat dan terus menyerang.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang punca lelaki tu naik angin adalah disebabkan sesuatu yang sangat remeh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata mengikut laporan pengadu, suspek berkenaan mula marah sebab pekerja tu tak mahu naikkan palang keluar sebab dia tak bayar tiket yang hanya berjumlah RM3 je! Ek eleh bayar jela kan senang.

Mujurlah pekerja tu tak alami kecederaan serius dan hanya cedera ringan di bahagian lengan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan sebelum ia dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” kata Ruslan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa.

Kan tak pasal pasal dah jadi kes polis. Adoyai RM3 je pun, bayar jela kan settle masalah. Dia yang tak bayar dia pulak yang nak mengamuk…

Baca: Dia Langgar, Dia Pulak Yang Serang

Dapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!

Share
Published by
Sue Idris
Tags: bayarBrickfieldscederacedera ringandatodikenal pastihotelindiaKanun Keseksaankecederaankeluarkesketua poliskuala lumpurlaporanlelakilenganmangsamarahmengasarimenyerangnaik anginpalangpangkatpejabatpekerjapengadupolispuncaremehsiasatansuspektempat letak keretavideoviral

Recent Posts

  • Berita
  • Malaysia

“Kalau tak nak saya jadi PM, saya hari ini letak jawatan” – Tun M Kesal Sikap Biadap Pemandu Teksi

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kesal terhadap sikap biadap pemandu teksi dengan meninggalkan sesi dialog selepas enggan…

53 mins ago
  • Dahsyat
  • Viral

Gelinya Perangai, Wanita Diganggu Secara Seksual Di LRT

Hati-hati semua wanita sebab nampak gaya masih ramai lagi sexual predator ada kat luar sana. Seorang wanita sempat mengambil gambar…

2 hours ago
  • Dahsyat
  • Viral

Ugut Nak Gali Kubur Kucing Yang Dah Mati Bagi Makan Anjing, Gara-gara Tak Dilayan

Korang pernah tak jumpa orang psycho? Lelaki offer diri nak tolong tanamkan kucing Di Twitter, viral tentang seorang perempuan yang…

2 hours ago
  • Dahsyat
  • Viral

Cuak Dah Tersilap Tulis, Setiausaha Akhbar Menteri Gaduh Dengan Wartawan

Wah, wah, wah! Kebelakangan ni, makin banyak pula dengar cerita team media menteri banyak bergaduh dengan para wartawan. Ooops, betul…

3 hours ago
  • Dahsyat
  • Viral

Konon Sakit Nak Bersalin, Wanita Ni Tertipu Dengan Scam Area KLCC

Kebelakangan ni kita selalu mendengar banyak scam tipu duit yang berlaku secara online. Tapi jangan pula kita lupa aktiviti penipuan…

5 hours ago
  • Viral
  • WOW

Jelousnya Tengok Rumah Wanita Ini Diserbu Bintang Running Man & 2 Artis K-Pop

Ok siapa minat Running Man dekat sini? Minat Group Kpop Infinate? Brown Eyed Girl? Artis Korea datang rumah Siapa yang…

5 hours ago