in

“Dia sudah bercerai” – Sahabat Dedah Kisah Perceraian Rihana Oksana, Balik Negara & Sertai ‘Miss Russia’

Rihana Oksana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Gorbatenko menjadi perbualan ramai namun sehingga kini masih belum ada penjelasan atau pengesahan daripada kedua-dua pihak.


Terbaru, menurut Sinar Harian, seorang sahabat Rihana mengesahkan yang bekas Miss Moscow itu telah bercerai dengan Sultan Muhammad V. 

Rihana 1
sumber: sinar harian
Rihana3
sumber: instagram

Malah, Tatyana Andreeva sendiri telah memberi kenyataan kepada akhbar tempatan Rusia, Komsomolskaya Pravda, Rihana sudah pun kembali ke Rusia untuk sertai pertandingan Ratu Cantik Rusia atau Miss Russia pada 26 Jun lepas.

Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercerai. Kini dia menetap di Moscow.”

Rihana7
sumber: instagram

Evgeny Tarlo, peguam kepada Rihana bagaimanapun mendakwa anak guamnya itu tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perceraiannya. Menurutnya, berita tentang perceraian itu hanyalah khabar angin yang disebarkan media.

Kami tidak menerima sebarang dokumen rasmi. Kami tidak tahu apa-apa.”

Rihana2
sumber: the sun

Terdahulu, Awani melaporkan Rihana, 27, telah diceraikan talak tiga berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan.

Pihak Istana Kelantan turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang tersebar di media sosial dan ia merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V melalui Instagram.

Sama samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak… Doakan yang baik-baik…

Baca: “Bukan haritu loving-loving ke”- Gempar! Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga?

Featured 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.