in

“Dia paksa bagi RM400 dalam beg saya” – Lelaki Jalan Kaki Jauh Tanpa Bawa Wang Sebab Nak ‘Cuci’ Depression, Terharu Berjumpa Orang hati Mulia

Malaysia2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alami kemurungan sehingga mengganggu emosi sampai memberi kesan dengan orang tersayang dan akhirnya hubungannya berakhir kerana menyakiti perasaan teman wanitanya dan dia ditinggalkan.


Itulah yang dialami oleh seorang jurugambar berusia 32 tahun, Keow Wee Loong. Disebabkan itu, dia membuat satu cabaran besar bagi dirinya,iaitu berjalan kaki dari KL – Ipoh tanpa membawa sebarang wang ringgit!

Sepanjang perjalanannya yang mengambil masa beberapa hari itu dia bertemu dengan seorang lelaki dari Kelantan berusia 50 tahun yang mesra dengan panggilan Abang Wan.

 

Then we find a common ground and he cry”

Sepanjang perjalanannya, dia berjumpa dengan bermacam-macam jenis orang Malaysia yang datang dari bermacam-macam jenis bangsa dan agama.

Tapi dengan Abang Wan, mereka mula bertemu semasa hari ke lima perjalanan Keow Wee Loong ketika sedang berada di Tapah.

Dalam banyak-banyak kenalan, Abang Wan ni lah antara orang yang telah menyentuh hatinya kerana ketika dihubungi oleh Team Lobak Merah, Keow Wee Loong menjelaskan mereka ada persamaan dalam diri mereka.

Katanya, Abang Wan sampai menangis kerana mereka banyak kongsikan masalah peribadi masing-masing.

Perkenalan mereka dikongsikan di Twitter saat Abang Wan berhati mulia nak hulurkan RM400 kepada Keow Wee Loong.

Walaubagaimanapun Keow Wee Loong enggan menerimanya. Jadi, sebagai tanda penghargaan dia hanya memberikan bendera Malaysia kepada lelaki tersebut.

Sehingga kini, Keow Wee Loong masih lagi meneruskan pejalanannya bersendirian tanpa sebarang wang tunai.

“Sekarang ni saya tak fikir pun macam mana nak survive, apa yang saya fikir adalah saya nak berjalan sejauh mana saya boleh sampai saya tak larat.”

“Dari sini saya dapat jumpa ramai rakyat Malaysia daripada latar belakang berbeza dan agama bersatu padu membantu orang yang memerlukan.”

Dari situ juga dia fikir masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berhati mulia.

 

Baca : Syarikat Berkaitan Tentera & Perisikan di China Simpan Data 1,400 Rakyat Malaysia?

Data

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.