in

“Dekat sekolah banyak bumbung mcm ni” – Banyak Rumah Pakai Atap Ni, Tahu Tak Boleh Sebabkan Kanser Paru-Paru?

Feat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benda yang kita nampak normal rupa-rupanya boleh menjadi penyebab kepada penyakit yang sangat serius! Bagi yang masih belum tahu, penggunaan abestos boleh menyebabkan kanser paru-paru (mesothelioma)!


Perkara ini pernah dikongsikan beberapa tahun lepas oleh Public Health Malaysia, namun mungkin masih ramai yang belum tahu tentang kepentingan untuk menghapuskan asbestos.

Asb3

Asb2

Asb1

Asbestos digunakan untuk membuat bumbung atau atap rumah, kilang dan bangunan-bangunan lain sebelum ini. Tapi, menurut Public Health Malaysia zaman dulu memang kebanyakan rumah dan kilang menggunakan atap jenis itu kerana harganya yang jauh lebih murah.

“Dahulu, kebanyakan rumah dan kilang sememangnya menggunakan atap ini kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan. Namun selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma , penggunaannya telah di hentikan dan dihadkan.”

Asb4

Atap2

Ada negara yang dilaporkan telah mengharamkan penggunaan asbestos ini secara keseluruhan namun di Malaysia ianya hanya diharamkan untuk pembinaan bangunan kerajaan baru sahaja sejak tahun 1999.

Tapi, jika asbestos ini tidak diusik risiko untuk dapat kanser sangat rendah. Apa yang menjadi masalah adalah jika ianya pecah, rosak atau anda terlibat secara langsung untuk mengendalikan asbestos sebagai contoh, tukang buat rumah.

Atap6

Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.”

Sebab itu, Public Health Malaysia cuba beri peringatan untuk berhati-hati jika anda ternampak kepingan serpihan atau bumbung ini berlonggok di tepi jalan atau mana-mana tempat termasuklah tempat longgokan sampah.

Tahukah anda, ia bukan sekadar serpihan sampah, tetapi ia merupakan satu ancaman yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya!”

Ini apa yang anda boleh buat untuk mencegah:

Atap5

Simptom atau gejala

  • Sesak nafas
  • Dada terasa ketat
  • Batuk kering berpanjangan
  • Sakit dada
  • Kurang selera makan
  • Penat
  • Demam
  • Berpeluh pada waktu malam

Baca: Jangan Sesuka Hati Cuba Nak Minum Cecair Dalam Snow Globe Sebab..

Feature 2 10

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.