“Daripada jadi mangsa vandalisme, kini bawa sinar baru” – Pemuda Ini Beli Semua Basikal oBike Untuk Bantu Kanak-kanak Myanmar Ke Sekolah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Perasan tak sekarang, makin lama makin jarang kita nampak basikal sewa oBike di sekitar bandaraya Kuala Lumpur — seolah-olah dah takda langsung perkhidmatan tu disediakan di negara ni.

Kalau ada pun, mungkin dalam keadaan yang sudah tidak boleh digunakan lagi.

Tak tahulah kenapa orang ramai tak suka betul dengan oBike, sedangkan perkhidmatan itu disediakan untuk menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kenderaan bermotor di jalan raya.

Tapi lain pula ceritanya di tanah Burma, yang mana lebih separuh daripada populasinya hidup dalam kemiskinan.

Basikal yang seringkali dijadikan mangsa tangan-tangan tidak bertanggungjawab di negara ini, sebenarnya amat besar nilainya bagi puluhan ribu pelajar sekolah di sana.

Kalau betul korang perasan oBike dah takda kat KL ni dan korang tertanya-tanya ke mana menghilangnya pengangkutan dua roda itu, ketahuilah bahawasanya seorang pemuda berhati mulia telah membeli hampir 10,000 basikal tersebut di Malaysia dan Singapura — untuk diberikan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di Yangon.

Mike Than Tun Win, seorang pelabur teknologi dikatakan membuat keputusan untuk membaikpulih kesemua basikal tersebut dan memberikannya secara percuma kepada pelajar, kerana mahu memperbaiki taraf kehidupan mereka dan memudahkan pelajar-pelajar ini mendapat akses kepada pendidikan.

Bayangkan, sebelum mereka mendapat kemudahan basikal ini — ada dalam kalangan pelajar yang terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama dua jam setiap hari untuk berulang alik ke sekolah!

Difahamkan keseluruhan pembelian dibayar separuh oleh Mike, manakala selebihnya ditanggung oleh para penaja lain.

Selain Yangon, inisiatif mulia yang dibuat menerusi program amal Lesswalk ini turut diperluaskan di sekitar Mandalay dan Sagaing — dan Mike berharap dapat memberikan kira-kira 100,000 buah basikal dalam tempoh lima tahun ke seluruh Myanmar.

Bagusnya ada pemuda yang berfikiran jauh hendak membantu mengubah nasib anak bangsanya melalui pendidikan.

Kalau korang nak tahu, dianggarkan 55 peratus kanak-kanak di Myanmar hidup dalam kepompong kemiskinan — dan hampir separuh daripada remaja berusia 17 tahun menginjak masuk ke alam dewasa tanpa mendapat pendidikan.

Tanpa pendidikan, sukarlah kita nak break the cycle of poverty kerana semua negara maju adalah hasil pelaburan pada pendidikan generasi mudanya di masa lalu.

Baca: [Video] “Mak bapak dorang suka anak mati” – Myvi Hampir Langgar Geng Rempit Basikal Berlumba Tengah Jalan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.