“Dari umur 16 tahun…” – Remaja Terpaksa Biar Diri Dirogol Pegawai Polis Sejak 4 Tahun Lepas, Kalau Tak…

Perbuatan jijik seorang pegawai polis akhirnya terbongkar apabila mangsanya membuka mulut baru-baru ini. Menurut Tribun, seorang remaja berusia 19 tahun telah menjadi mangsa rogol pegawai polis itu sejak 4 tahun lepas.

Kisahnya kini menjadi bualan ramai semenjak remaja bernama Bunga itu membuka mulut dan menceritakan segalanya apa yang terjadi. Ketika disoal siasat, dia berkata, pada awalnya dia berkenalan dengan pegawai berusia 40 tahun itu kerana mahu belajar silat.

Gambar hiasan

Difahamkan, pegawai itu juga merupakan seorang guru silat di Daerah Kecil Bungur dekat Kalimantan Selatan tersebut. Pada mulanya dia nampak baik saja dan mereka rapat kerana Bunga sudah menganggap pegawai itu sebagai bapa angkatnya. Namun lama kelamaan, pegawai itu mula tunjuk belang.

Sejak usianya 16 tahun, Bunga telah dipaksa melayan nafsu serakah pegawai polis itu dan kejadian pertama berlaku ketika ada acara olahraga di luar daerah di mana remaja itu turut serta dalam acara silat.

Pada Pekan Olahraga Pelajar Daerah (Popda) di Banjarmasin tahun 2016, di sana saya masih berumur 16 tahun dan dipaksa pelaku untuk behubungan suami istri di hotel tempat menginap kontingen Tapin.”

Gambar hiasan

Pegawai polis itu turut mengugut Bunga supaya tidak memberitahu sesiapa jika tidak gambar lucahnya akan disebarkan. Gambar-gambar itu diambil oleh pegawai tersebut ketika dia merogol Bunga.

Awalnya saya pikir hanya sekali, ternyata dia minta terus. Kalau saya tidak mau, pelaku mengancam akan menyebar foto-foto saya tanpa busana.”

Sehinggalah baru-baru ini apabila Bunga tak tahan dan menolak untuk menjadi tempat pegawai itu melempiaskan nafsunya. Akibatnya, gambar lucah Bunga tersebar di media sosial dan ketika itulah dia kantoi dengan ibu bapanya.

Selepas ditanya, Bunga akhirnya menceritakan segalanya kepada ibu bapanya yang kemudian membuat laporan polis. Kes kini masih dalam siasatan pihak polis.

Baca: “Dia janji bagi markah bagus” – Guru Kantoi Jalin Hubungan Dengan Pelajar, Minta Layan Nafsu 10 Kali

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!