“Dari Shah Alam ke Mekah” – Salute! Pasangan Warga Emas Drive Sendiri Kereta Pergi Tunai Haji

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Musim-musim haji ni, pelbagai kisah kita baca dan dengar tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi untuk menyahut seruan beribadah di tanah suci.

Kalau zaman tok nenek moyang kita dulu, cabaran untuk sampai ke tanah suci tu tak boleh nak dibayangkan. Apa tidaknya, dulu naik kapal laut nak ke Mekah yob!

Sekarang ni je segala perjalanan kita dipermudahkan, dengan adanya pengangkutan udara bernama kapal terbang.

Tapi lain pulak ceritanya dengan sepasang warga emas ni, yang sanggup memandu sejauh 500 kilometer sehari untuk sampai ke matlamat utama mereka — Makkatul Mukarramah!

Menerusi laporan eksklusif yang dikeluarkan akhbar New Straits Times, Adnan Abdullah dan isterinya Hadibah Idris sudah pun mengembara melintasi enam buah negara untuk sampai ke destinasi mereka.

Pengangkutan mereka adalah sebuah Ford Ranger yang telah diubahsuai, dan diberikan nama Unta Kurus.

Difahamkan, kedua-dua bekas pesara lecturer itu telah pun berlepas dalam misi kembara mereka sejak 2 Mei lalu — dan dijangka tiba di tanah suci pada Ogos depan.

Antara negara-negara yang telah dilewati pasangan suami isteri ini termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan.

Dan apabila berjaya sampai di Mekah kelak, mereka telah melalui sekurang-kurangnya lapan buah negara di Benua Asia!

Mesti ada yang tertanya-tanya, ke mana destinasi mereka yang seterusnya sebaik selesai menunaikan haji kan?

Bukan balik Malaysia ye, tetapi pasangan ini sebaliknya mahu meneruskan perjalanan mereka menziarahi Baitulmaqdis — lepas tu ke Afrika Utara dan Eropah Barat sebelum tiba ke United Kingdom pula, untuk melawat anak sulung mereka yang menetap di Manchester.

Ceritanya, tahun depan baru nak drive balik Malaysia! Ini baru betul nikmat pencen sebenar!

Dan tambah beruntung, sebab anak-anak pun turut memberi sokongan penuh kepada ‘misi kembara’ kedua ibu bapa mereka ni.

Bila ditanya kenapa sanggup memandu sejauh ini untuk ke Mekah, Adnan berkata — beliau mahu ‘menebus semula’ waktu-waktu beliau dan isterinya disibukkan dengan urusan rumah tangga demi membesarkan lima orang anak — yang kini dah berjaya dan hebat-hebat semuanya.

Jadi, bila anak dah besar dan pandai menguruskan kehidupan sendiri ni — inilah waktunya untuk beliau meluangkan masa berdua dengan isteri, melakukan perkara-perkara yang dah lama mereka nak lakukan.

Alhamdulillah, kami mendoakan uncle dan aunty sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kembara ini sehinggalah selamat pulang ke tanah air semula nanti.

 

Baca: “Tak bagi upah, dia yang nak tolong…” – Pelajar Lain Tengah ‘Enjoy’ Rehat Tapi Dia ‘Volunteer’ Bantu Makcik Kantin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.