in

“Dari kecil tak minat beg kartun” – Ibu Belikan Anak Darjah 3 Beg Gucci Bawa Pergi Sekolah Hanya Sebab…

ft belikan anak beg gucci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disaat anak-anak kecil teruja bila dapat beg banyak kartun kesukaannya, lain pula  dengan Muhammad Qalish Muhammad Zaki yang mempunyai minat sama seperti orang dewasa.

Ianya dikongsikan sendiri oleh ibunya menerusi satu video di TikTok yang telah meraih lebih daripada 400K selepas 6 hari ia dimuat naik.


Bila anak darjah 3 dah minta beg Gucci

@eyzazakiey3

belajaq rajin2 na qhalish…#fyp #foryoupage #fypシ #shopeehaulcheck #fypシ゚viral #eyzazakiey

♬ DJ pudin026 – pudin

Ibunya yang dikenali sebagai Eyza Zakiey menyatakan bahawa anak tunggalnya itu memang tidak berapa minat beg yang dipenuhi gambar kartun seperti kanak-kanak lain sejak kecil lagi.

Katanya lagi kepada mStar Online, anaknya yang berusia 9 tahun itu memang sangat familiar dengan jenama-jenama mewah.

“Dia memang dari kecil tak minat beg kartun, mungkin sebab dari kecil dah terbiasa macam ni dan dia memang dah kenal dengan jenama-jenama, macam LV, Gucci, Prada, Chanel. Tambah kalau bab-bab kereta, semua jenis kereta yang dia kenal horse berapa semua dia tahu.”

Melihat ayahnya menggunakan barangan berjenama, Qalish terus minta beg yang sama untuk bawa pergi sekolah.

Screenshot 2022 01 11 133821

“Dia cakap beg lama dia ‘panjang'(besar) sampai punggung, jadi dia nak juga beg Gucci macam papa dia. Kasut pun sama, selalu kami beli kasut dewa dekat dia tapi saiz paling kecil. Beg tu pula kebetulan masa tu kami tengah shopping, tu yang dia minta belikan dia beg baharu.”

Jadi mereka pun belikan sahaja beg tersebut, Eyza yang mempunyai perniagaan jenama sendiri, Perfectus Cosmetics merasakan tidak salah bagi dia untuk salurkan hasil kerja keras buat anaknya. Anak tunggalnya itu bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di Alor Setar, Kedah.

Eyza akui bahawa dia tidak ‘dimewahkan’ semasa kecil, jadi dia tidak mengambil pusing dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan sesetengah individu di ruangan komen video tersebut.

Malah baginya tiada apa kesalahan untuk kongsikan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

“Dulu saya susah, saya tak dapat merasa semua ni, sekarang saya buat bisnes jual foundation RM 5, Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berjaya sehingga ke tahap sekarang, walaupun masih ikan bilis, saya bangga dengan diri sendiri sebab ini semua atas hasil titik peluh sendiri.”

 

Baca : Cerai Balik Lepas 2 Bulan Rujuk, Suami Zarina Anjoulie ‘Lepas Geram’ Siap Nak Bakar Beg Gucci?

fi anju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.