Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain…
Baru-baru ini, sebuah video di TikTok menunjukkan seorang penunggang Gojek menangis selepas ada yang sedekah wang kepadanya telah menyentuh hati ramai orang. Video yang dimuat naik oleh akaun hobbymakan.id pada 26 Ogos itu telah mendapat lebih 4 juta tontonan dan lebih 500,000 likes serta 17,200 komen.
Pernahkah kalian tau perjuangan seorang bapak biar anaknya bisa sekolah?”
Melalui video itu, Andika yang merupakan bekas ahli Kangen Band bersembang dengan penunggang gojek terbabit tentang lokasinya yang mungkin agak jauh dari jalan utama. Dia kemudian meneruskan perbualan tentang pesanan gojek yang menurut pakcik itu kini semakin berkurang hinggakan dia terpaksa keluar rumah dari jam 6 pagi untuk mendapatkan lebih pesanan.
Sepi orderan sekarang. Seharian dari jam 6 pagi bapaknya turun ke jalan.”
Video itu dipercayai dirakam pada bulan puasa yang lepas kerana perbualan mereka tentang waktu buka puasa. Kata Andika, disebabkan ketika itu dah nak dekat waktu berbuka puasa jadi dia menggandakan wang kepada 10 kali ganda untuk pakcik tersebut.
Karena udah mau buka puasa, saya kalikan 10. Lebih dari satu juta dua ratus dua puluh.”
Sebak, pakcik itu terus memeluknya sambil menangis dan menceritakan bahawa anaknya memang sedang memerlukan duit untuk perbelanjaan. Mendengar kata pakcik itu, Andika menambahkan lagi wang untuk disedekahkan kepada anaknya juga.
Sampai terduduk pakcik itu menangis kerana tidak sangka dan terharu dengan apa dilakukan Andika yang dilihat cuba menenangkannya.
Rejeki buat bapak ya.”
Netizen yang menonton video itu terharu dan akui menangis lepas tengok pakcik tersebut menangis. Selain itu, ramai juga yang memuji Andika yang sememangnya terkenal dengan membuat video sebegini.
Tonton video di bawah:
@hobbymakan.id Pernahkah kalian tau perjuangan seorang bapak biar anaknya bisa sekolah ? #samasamabelajar #samasamadirumah #fyp #social #fypchchallenge #ojol #gojek
Dalam sebuah video lain, Andika turut buat benda yang sama iaitu sedekahkan wang kepada penunggang gojek yang lain. Menurut penunggang itu, dia bekerja dari pagi sampai 12 tengah malam untuk menampung dua orang anaknya.
@hobbymakan.id Seorang Ayah yg berjuang dari pagi sampe jam 12 malam hanya untuk 2 Anaknya 🥺#samasamabelajar #samasamadirumah #fyp #ojol #gojek #fypchchallenge
Baca: “Begini baru lah netizen boleh contohi” – Zul Yahya Sedekah Lauk Setiap Hari Ketika Musim Covid-19