in

“Dari awal pun tgk video tu, saya maafkan dah” – Shuib Nasihat Aisar Khaled Jangan Buat Content Makan Diri

Ft Shuib Maafkan Aisar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lalu, ketika rakyat Malaysia mendapat khabar berita sedih atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, ada isu lain timbul apabila seorang YouTuber jadikan berita itu sebagai content.

Disebabkan itu, suami kepada arwah Siti Sarah, Shuib telah memberi respon dan memaafkan selebriti media sosial tersebut dalam satu voice note menerusi Instagram.

Doakan jadi YouTuber terbaik

Aisar Buat Content Pergi Kubur Sarah

Untuk rekod, lelaki yang dikenali sebagai Aisar Khaled ini, ada berkunjung ke pusara arwah saat dikebumikan dan siap buat giveaway kepada pengikut yang menyunting rakaman video itu.

Dipendekkan cerita, ia mendapat perhatian Shuib dan dia tidak nafikan memang marah apabila melihat video tersebut, lapor Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/rap/2021/08/741146/shuib-marah-sikap-tak-sensitif%C2%A0youtuber

“Takpe, awalnya saya tahu dan tengok video itu, saya sudah maafkan awak. Tiada gunanya saya nak sakit hati dan berdendam. Saya nak mudahkan urusan semua orang sebab saya juga minta Allah SWT mudahkan urusan saya.”

“Jadi saya tidak mahu berbuat salah juga tidak mahu menyusahkan orang lain. Insya-Allah awak orang hebat dan baik, terus buat kebaikan.”

Antara nasihat yang diberikan Shuib adalah meminta untuk jangan terlalu seronok buat content sampai boleh makan diri, malah Shuib juga menasihati Aisar agar gunakan platform yang ada untuk sebarkan kebaikan.

“Saya doakan awak terus menjadi YouTuber yang hebat, baik dan bagus. Gunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan.”

“Jangan jadi orang yang terlalu seronok buat content sampaikan akhirnya nanti, apa yang kita buat itu akan makan diri kita sendiri.”

“Kita kena ingat kematian cukup hampir dengan kita. Semoga kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini menerusi platform yang Allah beri untuk buat perkara baik.”

https://www.instagram.com/p/CS00fROBaYN/

Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), 9 Ogos 2021.

Baca : “Marah mmg marah, tapi…” – Youtuber Jadikan Kematian Sarah Sebagai ‘Content’ & Buat Giveaway, Ini Respon Shuib

Ft Aisar Buat Content Kematian Sarah Shuib Respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.