“Dalam life time tu takde ke untuk Al-Quran” – Wanita Share Sediakan Lauk Pauk Frozen Untuk Ramadan, Tapi Kena Kecam Pulak Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan juga suri rumah tangga, bulan Ramadan yang akan datang ni adalah cabaran besar buat anda semua sebab kena bahagikan masa dengan sebaiknya antara kerja dan balik on time untuk sediakan makanan berbuka untuk keluarga.

Sebab tu lah kalau jadi orang perempuan ni kita kena kreatif macam apa yang dikongsikan seorang netizen yang dikenali sebagai Noj dekat satu page masakan di Facebook.

 

Sediakan makanan frozen untuk jimat masa memasak di dapur 

Menurut Noj, dia yang mengakui mempunyai life yang sangat sibuk ini tak mampu memperuntukkan banyak masa di dapur bagi menyediakan makanan berbuka buat suami dan anak-anak.

Jadi cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan sediakan makanan frozen siap-siap dan hanya panaskan je waktu nak berbuka nanti. Inovatif dan bijak kan? Tak payahlah dia berpeluh di dapur sorang-sorang.

Sumber: Facebook

 

“Bagus akak ni share dia prepare lauk pauk frozen bulan puasa untuk family tapi….”

Perkongsian Noj ni mendapat perhatian warga Twitter yang kagum dengan tips bulan puasa bagi suri rumah tangga yang super busy kat luar sana tu. Pun begitu, lepas diteliti komen kat page Facebook yang mana Noj kongsikan idea tu, nampaknya ramai pulak yang mengecam. 

Salah satunya mengkritik sama ada Noj ni ada masa ke nak baca Al Quran dengan life busy gila macam tu. Nak masak untuk anak pun tak sempat. Alamak aiii… Triggered terus netizen di Twitter. 

Sumber: Twitter

 

“Boleh tahan ke sebulan tu? Sedap lagi ke eh?” 

Apa-apapun biasalah, ada yang suka cara masakan frozen ni ada pulak yang kritik, boleh tahan ke jenis masakan macam ni. Takut nanti cepat basi je kan sebab masak untuk 30 hari.

Sumber: Facebook

Apa-apapun bagi admin, terpulanglah kepada diri seorang wanita tu sendiri untuk guna apa-apa cara dalam menguruskan masanya serta keluarga. Kalau rasa cara frozen ni memudahkan, boleh je try. Lagipun korang tak adalah spend banyak masa di dapur aje. Boleh lebihkan masa untuk beribadah pada bulan puasa ni.

Dah ready nak sambut bulan Ramadan? 

Baca: “Sweet habis” – Isteri Dan Anak Sendiri Jadi Model Dalam MV Terbaharu Hafiz Suip

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!