in

Dahsyat! [Video] Lebih 10,000 Ekar Hutan Terbakar Di Amerika Syarikat Kurang 24 Jam

Gambar Hiasan 2 4

Tahun 2020 pada kali ini sangat mencabar selepas pelbagai bencana alam dan wabak harus ditempuhi. Dan baru-baru ini, kira-kira lebih 10,000 ekar kawasan hutan di California, Amerika Syarikat dilaporkan musnah dalam kebakaran besar.

Menurut sumber, difahamkan, api marak yang bergerak pantas itu meletus sekitar pukul 3.30 petang Rabu kelmarin, berhampiran Tasik Hughes di Hutan Negara Angeles sekaligus telah menjadikan kawasan tersebut musnah.

Menurut Ketua Bomba Hutan Negara Angeles, Robert Garcia, kejadian itu sukar dikawal apabila ia merebak dengan terlalu pantas

“Kebakaran merebak dengan pantas dari 100 ekar hingga beberapa ratus ekar, kemudian menjadi beberapa ribu ekar,” 

Dalam pada itu, turut dilaporkan lebih 500 anggota bomba serta tiga 3 unit helikopter dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran tersebut. Walau bagaimanapun, punca kebakaran belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

 

Baca: Adakah Tuhan sedang memberi pengajaran? – Perubahan Cuaca Yang Maha Dahsyat Di Australia, Lepas Kebakaran  Taufan, Kini Hujan Batu Pulak?

1 8 3