Dahsyat! Lelaki Ditikam Di Dada, Kepala Dan Pipi Lepas Minta Hutang RM40,000 Dari Rakan Lama Yang Dikenali Sejak 30 Tahun.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kadang-kadang orang yang memberi hutang ni dah jadi macam pengemis pulak sebab terhegeh-hegeh nak tuntut balik duit yang pernah diberi kepada peminjam..betul! admin setuju sangat.

Lain pulak cerita yang terjadi kepada seorang lelaki di Sibu, Sarawak yang memberi pinjam wang kepada rakan lama berjumlah RM40,000.

Lelaki ditikam rakan lama lepas mintak hutang RM40,000

Menurut mstar, gara-gara menuntut hutang dari rakan lamanya itu lelaki tersebut telah ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tekam, Sibu semalam.

Nak dijadikan cerita, rakan lama lelaki tersebut yang berusia 48 tahun dan dikenali mangsa sejak 30 tahun lalu telah berjumpa dengan mangsa berhampiran Bulatan Aman sebelum membawa mangsa di hadapan Sekolah jenis Kebangsaan (C) Tiong Hin kira-kira pukul 7 pagi.

Hah! Kat situlah mangsa yang berusia 47 tahun meminta rakan lamanya itu untuk membayar hutang berjumlah RM40,000 bagi membiayai kos rawatan penyakit jantung yang di hidapinya di Institut Jantung Negara (IJN) Kota Samarahan.

Sumber : Google

Tapi guys, ingatkan rakan lamanya itu akan bayar lah, yer lah dah pinjam mesti lah ada tanggungjawab nak bayar kan.

Tikam mangsa di dada, kepala dan pipi..

RUPANYA TIDAK!

Rakan lama yang dikenalinya sejak 30 tahun itu sebaliknya bertindak menikam mangsa menggunakan senjata tajam di bahagian dada kanan, kepala dan pipi kanan..whattt! dah la pinjam pastu kau tikam pulak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit telah mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan suspek telah menyerah diri di Balai Polis Pusat Sibu lepas kejadian tersebut.

Rakan lama tak bekerja.

Rupa-rupanya suspek merupakan seorang penganggur terhormat..kalau tak kerja pun, jangan la sampai nak tikam, cakap elok-elok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Admin pun bengang spesis yang pinjam duit lepas tu tak reti nak bayar, kita pulak yang kena terhegeh-hegeh mintak balik hutang kita..aishh!

Baca : KEJAM! Tidak Cukup Dengan Dihentak Dan Ditikam, Wanita 136kg Hempap Kekasih Sampai Mati.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.