Sejak 1 Ogos lepas, kerajaan mewajibkan semua rakyat untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan sesak seperti dalam pengangkutan awam, pasar raya dan juga sekolah.
Sebelum kerajaan melaksanakan perkara ini pun sememangnya para guru dan pelajar sudah mengamalkan untuk pakai pelitup muka ketika sesi persekolahan, sejak ia dibuka semula pada Julai lepas.
Perkongsian seorang guru di Twitter tentang salah seorang anak muridnya yang daif mendapat perhatian ramai netizen baru-baru ini. Menurut cikgu Fazri, semalam dia mahu membincangkan tentang pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dengan murid-murid.
Namun, dia terkesima dan sebak selepas melihat salah seorang anak muridnya memakai pelitup muka yang bukan sahaja tercemar serta kotor, malah dijahit semula menggunakan benang.
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia.”
Ada juga anak murid lain yang ditanya soal pelitup muka dan segelintir daripada mereka akui ulang pakai yang sama selama 2 hingga 3 hari sebelum ditukar kepada baru. Menurut mStar, cikgu berusia 27 tahun itu merupakan guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah.
Berkongsi kisah ketika kejadian, menurutnya pada waktu itu dia bertanya kepada anak murid mengapa perlu pakai pelitup muka dan ternampak…
Saya tanya kenapa perlu pakai dan sebagainya sehinggalah saya nampak pelitup muka seorang murid ni kotor.”
Dia sebenarnya murid pendidikan khas tahun enam, murid lelaki. Tapi saya memang dah ada standb dalam kereta dan dalam kelas. Jadi saya bagi yang baru untuknya.”
Bila cikgu Fazri cuba edit gambar pelitup muka anak muridnya tadi menggunakan filter, nampak lebih jelas kekotoran yang ada di permukaan. Nasib baiklah beliau ada standby pelitup muka dan berikan kepada kanak-kanak tersebut.
Harap kerajaan bekalkan pelitup muka dekat sekolah terutamanya di kawasan pedalaman. Sedihnya baca, tak semua mampu nak beli…
Baca: “Terbaik lah cikgu!” – Bina Sendiri Meja Untuk Murid, Guru- guru Ini Dapat Pujian Netizen