in

“Dah jadi cara nak bunuh pulak” – Lelaki Cuba Bunuh Bos Dengan Letak Air Liur Pesakit Covid-19 Dalam Air Minuman

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penjual kereta di Turki telah dituduh mencuri duit dan cuba bunuh majikannya dengan meletakkan air liur pesakit Covid dalam minumannya.



Menurut laporan The Sun, majikan tersebut, Ibrahim Unverdi telah membuat laporan jenayah ke atas pekerja yang telah bekerja selama lebih tiga tahun dengannya itu.

Dalam laporannya, Ibrahim mengatakan Ramazan Cimen telah cuba membunuh dia dan isterinya selepas dia kantoi curi duit sebanyak 215,000 Turkish lira (RM123,500).

Ibrahim dikatakan telah meminta Ramazan untuk membawa duit yang diperolehi dari penjualan kereta ke pejabat namun lelaki itu telah menghilangkan diri bersama wang tersebut.

Crime 2

Saya betul-betul percayakan dia sampai saya bagi kunci peti besi saya padanya. Kemudian bila saya cuba telefon dia, saya tak dapat. Keesokan harinya, dia kata dia perlukan duit tersebut kerana berhutang dengan along.”

Tak cukup dengan itu, Ibrahim turut mengatakan yang Ramazan telah cuba untuk letakkan air liur pesakit Covid ke dalam minumannya sebelum dia cuba curi duit tersebut. Tapi nasib baik lelaki ni tak minum air tersebut.

6Ef780D5 35E4 42F3 9Bba Ffb24110E589

Ramazan beli air liur yang dicuri dari pesakit Covid dan cuba masukkan dalam minuman saya. Saya dapat tahu dari salah seorang pekerja saya.”

Selepas mendapat banyak ugutan termasuk mesej mengesahkan yang pekerjanya itu cuba untuk membunuhnya, Ibrahim ambil keputusan untuk melaporkan perbuatan itu ke pihak berkuasa.

Dia cakap ‘kalau aku tak dapat bunuh kau dengan virus, lain kali aku akan tembak kepala kau’. Ini pertama kali saya dengar orang cuba teknik ni untuk membunuh. Nasib baik saya tak sakit.”

Pihak berkuasa kini sedang memburu Ramazan dan dia akan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh.

 

Baca: Mayat Lelaki Reput Ditemui Di Longkang Rupanya Dibunuh Anak Saudara Sendiri Sebab Tak Tahan Dibuli & Dipukul

Screenshot 2021 02 12 At 1.58.07 Pm

Sumber: The Sun UK
Sumber: The Sun UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.