in

Curi Motor Tepi Jalan, Lelaki Terus Pecut Sampai Tertinggal Anak

Ft Pencuri Motor Tinggal Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial apabila seorang lelaki bertindak mencuri motor di tepi jalan sehingga meninggalkan anaknya.


Dalam rakaman video yang berdurasi 44 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun Instagram itu, dilihat seorang lelaki sedang berjalan bersama anak perempuannya di bahu jalan yang sesak. Lelaki tersebut secara tiba-tibe meluru ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di tepi sebelum bawa lari.

Screenshot 2022 08 11 134142

Tanpa disedari, dia terus pecut tanpa membawa anaknya, kanak-kanak tersebut dilihat bingung apabila melihat kelakuan bapanya yang meninggalkannya begitu sahaja.

Dalam video tersebut, dilihat ada seorang lelaki cuba mengejar pencuri tersebut namun tidak berjaya. Disebabkan itu, kanak-kanak yang ditinggalkan dibawa masuk ke dalam sebuah rumah penduduk untuk disoal siasat.

Screenshot 2022 08 11 134209

Screenshot 2022 08 11 134233

Berdasarkan sumber, insiden ini dikatakan berlaku dekat Permatang Siantar, Sumatera Utara, Indonesia.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang marah dan juga anggap ia satu perkara yang agak melucukan selain ada yang kesian melihat nasib anaknya yang tidak bersalah itu.

Mudah-mudahan anak itu tak ada apa-apa dan tidak dipersalahkan oleh penduduk setempat.

Baca : “Hilang pukul 5, pukul 7 dah jumpa” – Curi Motor Tapi Tak Tahu Ada ‘GPS Tracker’, Pencuri Ditangkap 2 Jam Kemudian!

Motoq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.