“Cuci kondom terpakai lepas tu jual balik.” Korang pun mesti dah loya tekak dengar kan?
Itulah yang berlaku di bandar Ho Chi Minh, Vietnam apabila seorang wanita melakukan aktiviti jijik dengan menjual semula kondom terpakai.
Menerusi laporan Astro Awani, wanita yang berusia 34 tahun itu mengaku telah membeli terlebih dahulu kondom terpakai berkenaan dengan seorang lelaki di daerah tersebut.
Kondom yang sudah dipakai itu kemudian dicuci, dibentuk dan dibungkus semula di dalam plastik.
Jumpa lebih 300 ribu kondom dah siap packing
Perbuatan wanita ini dapat dijejaki oleh pihak polis apabila menerima maklumat dan aduan dari penduduk tempatan.
Hasil serbuan di kilang pemprosesan kondom itu mendapati sejumlah 320,000 kondom terpakai yang tersedia untuk dipasarkan semula. Banyak giler!
Susulan kes itu, media tempatan turut melaporkan, polis sedang memburu individu lain yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Bahaya guna kondom terpakai
Menurut portal kesihatan Hello Sehat, penggunaan semula kondom terpakai ini mampu merisikokan pengguna. Selain risiko kondom bocor, antara risiko lain yang bakal dihadapi adalah;
- Penyakit kelamin seperti penyakit Herpes Genital, Sipilis, Klamidia, Hepatitis, Gonore.
- Kehamilan yang tidak dirancang dan menyebabkan pasangan belum bersedia untuk mempunyai anak.
- Menyebabkan jangkitan terhadap vigana seperti Gardnerella Vaginalis dan Lactobacillus Iners
Jadi kalau korang nak beli kondom tuh pastikan yang original. Jangan beli kondom timbang kilo takut kondom tu orang lain dah guna.
Baca: “Ni nak puja setan ke?” – JIJIK! TikTokers Luar Negara Buat Trend Melukis Guna Darah Haid?