Dalam perniagaan, terma customer is always right haruslah ditanam dalam diri peniaga mahupun kakitangan. Ini kerana merekalah orang yang ‘membantu’ memajukan perniagaan kita.
Layanan dan perkhidmatan yang baik harus diberikan untuk menjamin kepuasan mereka, jika ada sebarang kesulitan pekerja haruslah bersikap terbuka dalam menerima feedback daripada pelanggan.
Tapi macam kes di pawagam ini, lain pula jadinya.
Hempas locker..’Report’ pada Manager, ini responnya..
Terjemahan
” Semasa kami lalu di pintu masuk, ada seorang lelaki halang suami saya kerana bawa beg plastic ‘Lavender’ yang ada makanan. Katanya makanan luar tak boleh bawa masuk, suami saya kata dia takkan makan sebab nak bawa balik rumah lepas habis movie. Lelaki itu berkata masih tak boleh bawa masuk pawagam kerana itu adalah peraturan. Makanan itu harus di simpan di dalam locker. Ok, kami turutkan.
Bila kami masuk dan duduk, kami terbau DURIAN! Dan kami lihat 2 orang yang duduk didepan kami tengah makan aiskrim dalam mangkuk!!! Suami saya keluar semula dan buat aduan. Ada berlaku perbalahan kecil antara suami saya dan lelaki itu. lelaki itu hempas pintu locker didepan mata suami saya.
Lepas habis movie, kami nak jumpa Manager…pakai baju warna putih bernama Onn. Dia pun macam tak membantu, dia cuma jawab, encik boleh complain dekat laman web kami. Saya pesan dekat dekat Manager beritahu staff untuk kawal amarah. Tak bermakna kalau dah berdepan 1000 pelanggan sekalipun nak jadikan alasan untuk berkelakuan kurang sopan dan hilang sabar sampai nak hempas pintu locker.
Lebih menghampakan lagi bila suamis aya complain pasal bau durian, tak ada seorang staff pun yang masuk. untuk periksa!!! Masing-masing pekak kan telinga!!! Servis apa ni?
Anak saya pernah juga alami situasi buruk dengan anda sebelum ini, bila dia complain tentang audio dan sistem suara. Respon daripada Manager cuma, hanya akan ambil tindakan kalau ramai yang bersuara. WTH! “
Mula-mula ibu kepada Putri Nur Dahliah ini aju aduan kepada syarikat tersebut melalui laman Facebook rasmi. Beliau menceritakan keadaan dimana
Pihak GSC pun tampil beri respon dengan baik dan terima feedback tersebut dengan penuh profesional, tiba-tiba…
Kalau tak puas hati jumpa depan-depan
Namun begitu, tanpa diduga ada dua orang staff mesej semula menggunakan akaun peribadi dan cuba mempertahankan pendirian, malah ada juga ajak bersemuka.
Hmm, siapalah tak marah kalau tengok ibunya sendiri dilayan teruk sebegitu, malah cara pertuturan pun tak sopan.
Bagaimanapun, kita tak nampak situasi tersebut didepan mata kita. Tak tahu apa hal yang terjadi. Harap kedua belah pihak dapat uruskan perkara ni dengan cara baik.