in

“Cluster selipar” – Orang M’sia Sanggup Berhimpit & Beratur Berjam-jam Sebab Nak Beli Selipar Yeezy Harga RM240

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, keluaran Yeezy Adidas dari Kanye West ni memang sentiasa dapat sambutan dan cepat je sold out walaupun harga mahal. Sambutan yang sama turut diperolehi untuk keluaran selipar terbaru Yeezy walaupun berharga RM240!


Bukan je dapat sambutan, baru-baru ni seorang netizen ada kongsikan video di Facebook menunjukkan orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan selipar Yeezy ni tau!

明天大家没上课么?

Posted by Christopher Puah on Khamis, 3 September 2020

Kalau korang tengok video ni, kebanyakan yang beratur adalah dari golongan remaja. Namun apa yang merisaukan, korang boleh tengok jugak orang-orang yang beratur ni langsung tak ikut SOP penjarakan sosial. Semua sanggup berhimpit semata-mata nak jadi orang terawal untuk dapatkan koleksi ini.

Netizen turut meluahkan rasa bimbang dorang bila tengok keadaan ni. Antaranya dorang takut kalau tiba-tiba ada kluster baru sebab tak ikut SOP dan satu lagi dorang pelik, mana pulak budak-budak ni dapat duit nak beli selipar yang mahal macam ni?

Lepastu, bila admin check website Adidas ni, selipar Yeezy ni memang dah sold out pun! Fuh hebat betul penangan Kanye West ni. 

 

Baca: Kanye West Dituduh Mempermainkan Agama Islam, Kasut Yeezy Terbaru Guna Nama ‘Israfil’

Sumber: Adidas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.