“Cikgu ajar Matematik kan? Takyah la buat pandai” – Guru Tergamam Dengan Perangai ‘Biadap’ Murid Tahun Enam Sampai…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Haa, cuba teka sampai nak buat apa? Sampai rasa nak lempang dibuatnya!

Itu jawapan jujur seorang guru yang terkedu, bila ‘dijawab balik’ oleh seorang murid tahun enam selepas ditanyakan soalan.

Niatnya cuma satu, mahu memperbetulkan kesalahan yang seringkali dibuat pelajar.

@SyafaatNasir menceritakan semula pengalamannya itu, dalam satu perkongsian yang dimuatnaik di laman Twitternya baru-baru ini.

Kisahnya, pada hari kejadian murid tahun enam di sekolahnya akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR untuk subjek Bahasa Inggeris — dan beliau ditugaskan untuk menjaga sekumpulan pelajar di sebuah bilik darjah.

Lepas tu…

Korang rasa, tergamam ke tak bila dijawab macam tu oleh seorang insan yang darjatnya beza langit dan bumi — dengan seorang insan lain yang pekerjaannya diberi kemuliaan dan martabat tinggi oleh mana-mana peradaban manusia sekali pun?

Exactly, memang itulah yang dirasakan oleh cikgu ni.

“Kalau ikutkan hati, memang nak lempang je budak ni,” katanya.

Betul dan benar, kalau diikutkan hati memang kita automatically terasa nak balas balik ‘kebiadapan’ pelajar tu.

Tapi mujur cikgu ni tak buat, sebab ia hanya akan mengundang campur tangan pihak ketiga dan tambah mengeruhkan keadaan.

Cuma kesannya tu, sampai terngiang-ngiang tak sudah — hinggakan dia rasa tak suka tengok muka pelajar tu. Yelah, cikgu pun manusia biasa — berat beban yang dipikul untuk mendidik anak bangsa jadi manusia berguna.

Dalam pada dia pening kepala dengan bebanan tugasan hakiki, terpaksa encounter pulak pengalaman kurang menyenangkan daripada pelajar sendiri — memang menyedihkan.

Lagi pun, ‘kebiadapan’ pelajar ni bukan sekali dua kita dengar cuma sekarang ni je makin menjadi-jadi.

Beberapa pengguna Twitter lain turut berkongsi pengalaman sama dialami mereka.

Apa pun, perkongsian itu dibuat agar ia dapat diambil diiktibar oleh orang lain terutama mereka yang bakal menjadi ibu bapa suatu hari nanti — betapa pembangunan sahsiah dan adab anak-anak perlu diberi perhatian sebaiknya, supaya tidak membesar menjadi manusia yang tiada sikap hormat kepada orang tua.

Kisah ini secara tidak langsung memberi cerminan sebenar asuhan yang diterima pelajar itu, kerana didikan akhlak terpuji bermula dari rumah.

 

Baca: “I was really panic and worried” – Cikgu Risau Pelajar Kena Buang Sekolah, Sekali..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.