in

Celine Dion Tak Boleh Kawal Otot, Ini 7 Selebriti Lain Yang Hidap Penyakit ‘Rare’ Atau Kronik

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan khabar kesihatan penyanyi tersohor, Celine Dion yang semakin merosot apabila kakaknya, Claudette Dion kongsikan bahawa adiknya ini dah tak boleh nak kawal ototnya.

Sebelum ini, Celine Dion pernah memberitahu bahawa dia telah menghidap penyakit yang jarang ditemui iaitu Stiff-person Syndrome atau Sindrom Orang Kaku yang menyebabkan otot-ototnya kejang secara berterusan.


Celine Dion 2012

Sebenarnya ramai selebriti lain turut mengalami masalah penyakit kronik dan ada antara mereka juga turut menghidapi penyakit rare. Jadi dekat bawah ni, kita akan senaraikan antara selebriti-selebriti yang telah kongsikan tentang penyakit mereka bagi memberi pemahaman yang lebih kepada orang lain.

Artikel berkaitan: “Tak dapat menyanyi macam biasa” – Celine Dion Hidap Sindrom Orang Kaku, Kesihatan Makin Merosot

Artikel berkaitan: “Leave me alone” -Tampil Kurus Keding, Celine Dion Suka Dengan Dia Punya ‘New Look’

1. Riley Keough – penyakit Lyme

Riley Keough Net Worth

Pelakon dan cucu kepada Elvis Presley, Riley Keough telah menceritakan tentang pengalamannya menghidapi penyakit kronik dan kenapa dia telah pergi ke Switzerland bersama keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Saya ada penyakit Lyme dan saya gunakan masa yang saya ada untuk pergi dan cuba dan tengok sendiri kalau saya boleh meringankan sakit saya. Ia merupakan pusat rawatan holistik yang menawarkan pelbagai jenis rawatan yang tak boleh dilakukan di Amerika seperti membersihkan darah.”

Riley turut berkata, ekoran penyakit yang dihidapinya ini, dia telah memilih untuk menggunakan ibu tumpangan bagi melahirkan anak perempuannya pada tahun 2022 yang lalu.

2. Venus Williams – Sindrom Sjogren

Venus Williams Prepares To Return Serve During The News Photo 1157176247 1564618084

Venus Williams, pemain tenis yang juga adik kepada pemain tenis terkenal Serena Williams mendedahkan yang dia mempunyai sindrom autoimun iaitu Sjogren’s pada tahun 2011. Penyakit ini telah menyebabkan beberapa bahagian badannya telah mengeluarkan cecair seperti air mata dan ludah dan sering membuatkan orang yang menghidapinya mengalami mata kering, mulut kering, penat dan sakit otot.

Ekoran ini juga, atlet ini pernah mengundurkan diri dari US Open 2011 sebelum kembali aktif semula dalam sukan ini.

3. Lady Gaga – Fibromyalgia

Fi80Gumvkamv04E.jpg Large

Fibromyalgia merupakan satu keadaan yang menyebabkan sakit di seluruh badan dan orang yang mengalami penyakit ini juga turut mengalami penat yang ekstrem, kejang otot, sukar fokus dan susah tidur. Menurut NHS, penyakit ini biasanya dialami oleh wanita dari lelaki dan ianya tak ada penawar tapi boleh dikurangkan dengan ubat, terapi dan perubahan gaya hidup.

Lady Gaga pertama kali bercakap mengenai penyakitnya ini di dokumentari Netflix di mana dia telah dipaksa untuk membatalkan konsert di Brazil selepas terpaksa di bawa ke hospital kerana mengalami sakit yang teruk.

4. Sarah Hyland – Displasia buah pinggang

Sarah Hyland.jpg

Displasia buah pinggang merupakan keadaan yang dialami sejak lahir di mana buah pinggang tidak berkembang dengan betul ketika bayi di dalam rahim. Malah Sarah Hyland pernah memberitahu bahawa dia telah dilahirkan dengan banyak masalah kesihatan sehingga doktor mengatakan yang dia mungkin tak akan menjalani kehidupan yang normal.

Sarah telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 2021 di usia 21 tahun dan kini menggunakan buah pinggang yang didermakan oleh bapanya.

5. Michael J Fox – Parkinson’s

75

Pelakon Back to the Future ini mengetahui yang dia menghidapi Parkinson’s yang biasanya dialami oleh orang tua ini ketika dia berusia 29 tahun pada 1991. Parkinson’s merupakan penyakit di mana otak telah menjadi rosak dan menyebabkan tubuh seseorang itu menggeletar tanpa boleh dikawal.

Beberapa tahun lalu, Michael J Fox memberitahu dalam satu temubual:

Saya didiagnos 25 tahun lalu, dan saya sepatutnya boleh bekerja dalam masa 10 tahun dan sepatutnya sekarang ni saya dah tak mampu nak lalukan apa-apa. Tapi saya masih boleh keluar dan pergi ke kedai sendiri.”

Namun baru-baru ini, dia memberitahu peminatnya bahawa keadaannya kini makin merosot namun masih optimistik.

6. Selena Gomez – Lupus

586C6399 Ba0E 4Cdf Bd18 3D4D4158B416 F57D5286

Pada tahun 2015, Selena Gomez mendedahkan yang dia telah didiagnos dengan penyakit autoimun Lupus. Ia menyebabkan seseorang itu mengalami ruam, keletihan dan sakit otot. Ekoran ini Selena telah menjalani rawatan kemoterapi untuk penyakitnya ini.

Kemudian pada 2017, penyakitnya ini menjadi lebih teruk sehingga perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang yang diterima dari rakannya, Francia Raisa.

7. Sia – Penyakit Graves

Sia.jpg 1

Pada 2010, penyanyi Sia telah memberitahu orang ramai yang dia telah menghidapi penyakit Graves iaitu satu penyakit autoimun yang disebabkan oleh tiroid yang terlalu aktif dan menyebabkan ia menghasilkan hormon yang lebih dari apa yang diperlukan.

Keadaan ini boleh menyebabkan tangan menggeletar, pergerakan jantung yang laju dan tak sekata, mudah marah atau gementar, kepenatan dan lemah otot.

Sumber: Cosmopolitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.