in

“Caption tu…” – Tayang Result SPM 6G 2T, Netizen Pelik Dengan Pelajar Zaman Sekarang

Tayang Result Gagal Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan pada Isnin lalu, ramai pelajar berkongsikan perasaan suka dan duka mereka di media sosial.


Sama ada yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran atau sebahagian daripadanya, rata-rata melahirkan rasa syukur.

Namun, netizen meluahkan kebimbangan apabila terdapat seorang pelajar yang berpuas hati dan seolah-olah berbangga memperoleh keputusan gagal bagi kebanyakan mata pelajaran yang dikongsikan di TikTok.

Artike berkaitan: “Semua nak jadi influencer” – Netizen Terkejut Lihat Data Lebih 10K Calon Tak Hadir SPM 2023

Artikel berkaitan: “Betul SPM bukan segala-galanya tapi” – Recruiter Jelaskan 5 Kesan Gagal SPM Dalam Dunia Kerja

Perkara itu turut didedahkan di platform X yang mana netizen berasa kurang senang dengan segelintir pelajar menjadikan ia sebagai content di media sosial kerana boleh memberi contoh yang tidak baik kepada orang lain.

Menerusi tangkap layar slip keputusan peperiksaan pelajar itu, dapat dilihat dalam lapan mata pelajaran yang diambil, enam daripadanya memperoleh keputusan gagal (G) dan dua lagi ditanda tidak hadir (T).

Gopkygobaaakiwm

Malah, kapsyen pelajar itu yang menulis “Alhamdulillah bersyukur apa yang kita dapat” membuatkan netizen berasa marah dan mempersoalkan apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut semasa belajar.

Screenshot 2024 05 29 125014 Screenshot 2024 05 29 125037 Screenshot 2024 05 29 125054 Screenshot 2024 05 29 125126 Screenshot 2024 05 29 125257 Screenshot 2024 05 29 125346

Terdahulu, media melaporkan seramai 10,600 daripada 383,685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai.

Netizen bukan sahaja risau malahan mendakwa pengaruh influencer di luar sana menjadi punca semakin ramai murid sekolah semakin malas untuk mengambil kertas peperiksaan SPM.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.