in

“Call call tak angkat” – [VIDEO] Terkejut Bila Location Stop Dekat Jirat Cina, Ingatkan Penggali Kubur Order Tapi Rupanya…

Ft Prankorder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkejut abang FoodPanda ini bila lokasi penghantaran makanan berhenti di perkuburan Cina. Itu yang terjadi kepada seorang lelaki ini dan melalui TikTok, Khuzaimie sempat merakamkan video ketika dia berada di jirat tersebut.

Video perkongsian itu mendapat lebih 1.4juta tontonan di TikTok dan menurut Harian Metro, Muhammad Khuzaimie Lemat, 23, sudah cuba hubungi nombor tertera beberapa kali namun tidak diangkat.


Sepuluh kali saya menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu tetapi tiada siapa yang jawab.”

Panda3

Video 59 saat itu menunjukkan Khuzaimie berdiri keseorangan di lokadi kawasan jirat cina di Sungai Putat, Melaka sambil menunggu pelanggan. Menerusi video itu, Khuzaimie berkata dia menyangka mungkin penggali kubur yang membuat pesanan.

Persoalannya, siapa yang order? Ini bukan main-main eh, aku memang dekat kawasan perkuburan cina. Aku sorang ni.”

Location mati dekat sini. Nak taknak aku kena masuk jugak. Manalah tau penggali kubur ke (yang order) tapi masalahnya tak ada penggali kubur dekat sini.”

https://www.tiktok.com/@khuzaimie_lemat3/video/6920928873383251201

Ketika itulah Khuzaimie sedar yang dia telah mendapat ‘prank order’ daripada pelanggan tidak bertanggungjawab. Apatah lagi, sebelum ini bila pelanggan itu memilih kaedah COD.

Kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang, 23 Januari lalu. Saya menunggu hampir 40 minit dan sempat membuat kandungan video mengenai kejadian itu kerana terlalu marah.”

Pada mulanya, saya meneka itu pesanan daripada penggali kubur tetapi tiada seorang manusia pun yang menunggu di situ.”

Menurutnya lagi, dia pernah terkena ‘prank order’ sebanyak lebih 10 kali dan jumlah tertinggi kerugian dialami syarikat adalah sebanyak RM120. Katanya, kejadian sebegitu merugikan masa dan tenaga penghantar makanan sepertinya.

Khuzaimie juga rasa kemungkinan ia adalah taktik penjenayah untuk samun rider kerana mereka kebiasaannya mempunyai cash sekurang-kurangnya RM100 dalam tangan.

Pada hari itu, saya takut juga, bukan takut hantu tapi penyamun. Kita tidak tahu siapa yang memesan makanan dan saranan saya berhati-hatilah.”

Korang ni, kan dah kena cancel kan order. Menyusahkan orang, tolong jangan buat prank order.”

Baca: “Alamat tu tak wujud” – 30 Rider FoodPanda Kena ‘Prank’, Ada Individu Order Banyak Makanan ‘Suka-Suka’

Foodpanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.