in

“Buleh tolong oyak ko Allah” – Neelofa Tunggu Lama Depan Kaabah Demi Sampaikan Doa Fatimah Untuk Mamajee

Lofatimah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Adam Didam atau lebih dikenali sebagai Mamajee oleh anak-anak saudaranya, masih memberi kesan kepada salah seorang daripada mereka iaitu Fatimah.


Fatimah sangat bersedih dengan pemergian bapa saudaranya itu memandangkan hubungan mereka sangat rapat ketika arwah masih ada. Ramai yang tampil memberi sokongan moral terutamanya dari segi emosi untuk bantu meredakan kesedihan dan membangkitkan semangat Fatimah.

Timoh Mamajee
sumber: instagram

Terbaru, melalui Instagram, Neelofa yang juga merupakan saudara keluarga itu turut menjadi salah seorang yang sentiasa bertanyakan tentang Fatimah dan memberikannya kata-kata semangat.

Bukan itu je, ketika kunjungannya di bumi Allah baru-baru ni, Neelofa ambil kesempatan tu untuk naikkan semangat Fatimah dengan berkata yang dia akan sampaikan doanya buat Mamajee di depan Kaabah.

Buleh tanya gapo dio nok lepas atau oyak ko Mamajee dio so that aunty buleh tolong oyak ko Allah.”

Lofa

Timoh2
sumber: instagram

Ibu bapa Fatimah akui sangat bersyukur dengan kehadiran insan-insan seperti Neelofa yang ada untuk Fatimah di saat saat sukar macam ni.

“Minggu lalu Allah telah menghantar bidadari datangnya dari tanah suci Mekah. Saya berhasrat untuk kongsi mengenai kisah ini sejak minggu lepas lagi tetapi saya tidak mampu menggambarkan betapa besarnya kasih sayang dan sokongan yang telah bidadari itu berikan kepada kami.

“Dia mungkin tidak dapat berada di sini bersama kami, tetapi dia telah berusaha sedaya upaya malah berkorban masanya untuk kami.”

Lofa2
sumber: instagram

“Dia meluangkan masa untuk bercakap dan tunjukkan kepada Fatimah rumah Allah untuk meredakan kesedihan Fatimah.”

Bukan tu je, demi untuk menyampaikan doa Fatimah buat Mamajee, Neelofa juga sanggup tunggu di depan kaabah selepas selesai solat Isyak. Dia juga buat panggilan semula untuk pastikan Fatimah, Omar Mukhtar dan Ali berada dalam keadaan baik.

Timoh1
sumber: instagram

Netizen yang baca posting rata-ratanya memuji keikhlasan Neelofa membantu tiga beradik itu kerana sering bertanya khabar dan sangat prihatin dengan emosi mereka.

Baca: “Allah tolong hantar Mamajee 1 minit je” – Neelofa Sebak Kongsi Keadaan Fatimah, Masih Bersedih Dengan Pemergiaan Adam Didam

Oo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.