in

“Bukan satu je” – Wanita Trauma Jumpa Ulat Sampah Dalam Kuah Dhal Restoran Mamak ‘Famous’ Di Bangsar

Collage 35

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Walaupun musim pandemik dan kebanyakan masa memang duduk di rumah, tak sentiasa kita ada masa untuk masak makanan sendiri.

Nak tak nak terpaksa order atau bungkus makanan dari luar. Tapi, bila order makanan ni benda yang paling merisaukan bila makanan yang kita dapat tu ada pula bahan asing yang tak sepatutnya ada…

Jumpa ulat sampah dalam kuah dhal

Baru-baru ini, seorang wanita telah kongsikan pengalaman ngerinya lepas dia pesan makanan di salah satu restoran mamak agak terkenal di Bangsar.

Bercerita dengan WOB, wanita ini mengatakan yang pada malam Selasa lalu, dia telah memesan Naan Garlic untuk dirinya dan beberapa makanan lain melalui aplikasi penghantaran makanan.

Namun, bila wanita ini makan makanan yang dibelinya itu, dia tiba-tiba terjumpa ulat sampah dalam kuah dhal yang diberikan.

1631618501148 1

Bukan satu je, wanita ini jumpa beberapa ulat sampah dalam kuah tersebut. Kembang tekak!

Arianna kemudiannya menghubungi khidmat pelanggan aplikasi penghantaran tersebut dan telah pun mendapat pulangan duitnya semula.

Bagaimanapun, ahli keluarganya yang lain turut berasa jijik dengan penemuan tersebut dan turut tak berani untuk habiskan kesemua makanan dari restoran tersebut.

1631618501071 1

Keesokan harinya, Arianna membuat keputusan untuk menghubungi restoran tersebut untuk membuat aduan dan menurutnya, wanita yang menjawab panggilan hanya mendiamkan diri dan meminta maaf tak lama selepas itu.

Arianna juga turut memuat naik gambar penemuannya ini di Instagram miliknya meminta agar orang ramai untuk lebih berhati-hati bila memesan makanan.

Sediakan makanan fresh setiap hari

Apabila dihubungi, pengurus Restoran Mahbub mengatakan yang dia sendiri terkejut dengan penemuan wanita tersebut kerana ini merupakan kali pertama kejadian seperti ini pernah berlaku.

Pengurus ini juga menjamin makanan yang disediakan di restorannya fresh dan dibuat setiap hari bagi mengelak pelanggan makan makanan lebihan hari sebelumnya.

Pun begitu pengurus ini tak menafikan aduan yang dibuat oleh Arianna dan mengambil serius tentang perkara ini. Dia juga turut mengatakan yang selepas ini proses memasak akan diperiksa secara menyeluruh beberapa kali bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

 

Baca: “Memang tak lah aku dtg lagi” – Wanita ‘Geli’ Jumpa Ulat Sampah Dalam Fries Di Franchise Ayam Popular

Screenshot 2021 09 16 At 12.58.52 Pm

Sumber: WOB
Sumber: WOB