in

“Bukan ni ke yang cakap dalam TV tu?” – Suami Mati, Isteri Kritikal Kat Hospital Lepas Telan ‘Pembersih’ Akuarium Konon Elak Coronavirus

Ubat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki mati dan isterinya kini berada dalam keadaan kritikal selepas mereka telan ubat jenis chloroquine phosphate dengan harapan dapat ubati sendiri coronavirus.


Menurut CNN, pasangan dari Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat itu bukan ambil  yang versi dadah farmaseutikal, tetapi sebaliknya aditif yang biasa digunakan di akuarium untuk membersihkan tangki ikan, kata Banner Health (satu oranganisasi non-profit di AS) dalam satu kenyataan.

 

Dengar Trump cakap

Untuk pengetahun, ubat ini ada dua versi satu digunakan untuk tujuan klinikal (dimana ubat itu untuk merawat malaria) dan satu lagi digunakan untuk bersihkan/merawat air aquarium. Ia cuma atas nama yang sama.

Jadi pasangan ini mula kenal dengan chloroquine dan kaitan dengan Coronavirus ini ketika menonton persidangan daripada Presiden Donald Trump. Hal ini dikongsikan oleh si isteri itu sendiri dengan mengatakan dia takut kena Coronavirus tu.

Saya ada (barang itu) kat rumah sebab saya selalu gunakan untuk ikan koi yang saya bela, saya nampak benda tu, saya pun mula teringat yang bukan ke ini benda yang dikatakan kat dalam TV tu?”

Sebelum ini, Trump ada jelaskan yang chloroquine ini ada potensi boleh merawat Covid-19. Ini kerana Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) di negara tersebut menjelaskan ia boleh merawat malaria, lupus dan rheumatoid arthritis (satu penyakit yang melibatkan radang di bahagian sendi).

Namun begitu, FDA tidak pernah langsung memembuktikan bahawa ia boleh merawat coronavirus.  Banner Health menegaskan bahawa ubat-ubatan ataupun bahan-bahan kimia untuk kegunaan rumah (yang tak boleh dimakan) tidak akan digunakan sama sekali untuk merawat virus.

Kita faham bahawa orang ramai cuba mencari cara baru untuk mencegah atau merawat virus ini, tapi kita tak patut memandai-mandai cuba buat sendiri”

 

Baca : “Sekampung sekarang terancam jadi pembawa” – [Video] Pesakit Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Keluarga Mengamuk Nak Bawa Jenazah Balik

Covid4 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.