“Boleh dikatakan sebahagian tuduhan adalah benar” – Polis Sahkan Seungri Terlibat Atur Kegiatan Pelacuran Untuk Golongan Ternama!

Baru-baru ini peminat-peminat kpop dikejutkan dengan berita mengenai bekas ahli kumpulan popular Korea Selatan, Big Bang iaitu Seungri yang didakwa terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk bakal pelabur luar negara selain beberapa golongan ternama di negara tersebut.

Bagaimanapun rata-rata peminat tidak percaya dengar insiden tersebut sebaliknya menganggap ia hanyalah dakwaan semata-mata.

Sumber : Google

 

Seungri Sah Terlibat Atur Kegiatan Pelacuran!

Namun berita yang admin nak kongsikan pasti akan mengejutkan ramai pihak especially peminat-peminat Big Bang di luar sana..hope tak ada yang kecam admin.

Memetik sumber The Korea Times, polis mengesahkan yang Lee Seung-Hyun atau Seungri, 29 tahun terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk beberapa golongan ternama.

Perkara itu disahkan selepas polis melakukan soal siasat ke atas beberapa individu termasuk wanita yang terlibat dalam khidmat pelacuran tersebut.

Sebahagian tuduhan yang dihadapi Seungri adalah benar”Polis Agensi Metropolitan Seoul

Polis dari agensi terbabit bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai individu yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral berkenaan..Kalau dedah nanti ganggu siasatan pulak

Untuk makluman korang, polis kini giat menjalankan siasatan ke atas semua pertuduhan yang dihadapi Seungri.

Sumber : Google

 

Seungri disiasat dakwaan atur kegiatan pelacuran, edar dadah & kongsi pita seks

Rasanya korang dh sedia maklum yang sebelum ini bekas ahli kumpulan Big Bang ini dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada tahun 2015 selain terlibat mengatur beberapa aktiviti sama yang pernah dihoskannya di Filipina pada Disember 2017.

Pada masa sama Seungri juga disiasat berkaitan kes pengedaran dadah di sebuah kelab elit, Burning Sun. Dia juga didakwa melabur wang tunai dan berkongsi pita seks mengunakan aplikasi komunikasi dengan rakan-rakannya.

Dalam laporan tersebut, polis turut menahan seorang pegawai kanan polis yang hanya dikenali sebagai Yoon atas tuduhan menerima suapan daripada Seungri berupa tiket konsert K-pop.

Tak kisah lah popular ke, kaya ke kalau salah tetap salah.

Baca : Fans Kpop Bawa Bertenang! Ini Pendedahan Kes Skandal Bapa Ayam Seungri Big Bang Yang Korang Perlu Tahu

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.