Binatang Hidup Dijadikan Keychain Di China, Kejam!!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Negara China dan keanehan perilaku masyarakatnya dalam segenap aspek kehidupan, berpisah tiada.

Apa je perkara pelik yang kita tak pernah dengar dari negara tembok besar tu kan? Pendek kata, setiap kali terbaca headline berita-berita pelik dan gila mesti akan terlintas dahulu di fikiran ”hmm, ni mesti jadi kat China ni.”

Korang pernah dengar dan tengok haiwan hidup dijadikan sebagai keychain?

Kalau tak pernah, ucapkanlah syukur sebanyak mungkin kerana kita masih hidup dalam lingkungan masyarakat yang sentiasa concern terhadap kebajikan dan inisiatif pemeliharaan mahkluk tuhan bernama haiwan.

Tapi lain pula ceritanya di China, kerana produk yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran ni sebenarnya ada dijual di sana!

Antara haiwan yang dijadikan mangsa ‘kegilaan’ ini termasuklah anak kura-kura, salamander dan ikan-ikan kecil.

Haiwan-haiwan ini diletakkan di dalam plastik yang diisi dengan crystallized oxygen dan sedikit makanan agar mereka dapat survive hidup di dalam kantung tersebut selama tiga bulan.

Lebih menyedihkan, bekas plastik itu adalah terlalu kecil dan amat mustahil untuk haiwan-haiwan tersebut dapat bergerak bebas di dalamnya!

Sebenarnya, kekejaman ini sudah bertahun lamanya berlaku dan ia mula tular pada 2011 selepas didedahkan beberapa kumpulan aktivis dan media antarabangsa seperti CNN.

Namun pada 2017, seorang travel blogger mendedahkan kepada sebuah akhbar tempatan bahawa produk tersebut masih lagi dijual di jalanan meskipun beberapa petisyen telah dibuat untuk menghentikan kegiatan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Menurut laporan itu, keychain berkenaan dijual pada harga 15 yuan hingga 20 yuan — lebih kurang dalam RM9.70 – RM12.90 mengikut duit kita.

Tidak pasti kalau perkara ini masih berleluasa di sana ketika ini, namun apa yang jelas adalah sangat tidak wajar kita menjadikan haiwan hidup sebagai aksesori perhiasan dan mengaut keuntungan di atas kekejaman yang dilakukan ke atas mereka.
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.