Betul Ke Ni Kasut Adidas Diperbuat Daripada Babi?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang kalau beli kasut tengok apa dulu? tengok harga ke? Tengok bahan-bahan kasut tu dibuat ke atau korang tak tengok, main beli je. Asalkan cantik and korang suka.

Isu kulit babi sensitif di Malaysia

Ok, kalau cakap tentang kasut ni sebenarnya banyak isu yang timbul mesti dari bahan pembuatan kasut tu sendiri. Sesetengah kasut kulit ni ada yang diperbuat dari kulit lembu, kambing dan ada juga dari kulit babi. Tapi isu kasut yang diperbuat dari kulit babi ni sangat sensitif di Malaysia.

Baru-baru ni Adidas ada keluarkan kasut baru. Fuhh! Kalau peminat kasut jenama Adidas tengok ni confirm la mereka semua nak beli sebab memang lawa! Tapi timbul isu di Twitter yang mengatakan kasut Adidas Falcon ni diperbuat daripada kulit babi? Sejauh mana agaknya kebenaran tu ye?


Sumber: Stockx

Pengguna Twitter ada berkongsi gambar perbualan dia bersama pihak Adidas untuk pastikan betul atau tak khabar angin yang didengar tu. Yela baik tanya dulu, confirmkan betul-betul, baru la beli! Nanti dah terbeli, tak boleh pakai pula…


Sumber: Twitter

Pihak Adidas pun kata memang contain kulit babi. Tapi nak betul-betul pasti lagi, ada pengguna Twitter yang lain turut menghantar mesej kepada pihak Adidas untuk memastikan tentang isu ni. Nak lagi sahih kena la tanya banyak kali kan?


Sumber: Twitter

Dia juga e-mail pihak syarikat yang menjual kasut jenama tersebut untuk sahkan status kasut yang diperbuat dari kulit babi tu. Betul-betul pengguna yang bagus ni, sebab mana boleh kita cakap je tanpa usul periksa kan?


Sumber: Twitter

Cuma nak pastikan dengan pihak Adidas 

Menurutnya sampai ada pengguna Twitter marah sebab timbulkan isu macam ni. Bagi admin tak salah pun sebab dia nak pakai, mesti la dia nak confirmkan betul-betul. Dia pun dah check dekat kasut tu sendiri tanda bintik kulit babi pun cuma dia nak pastikan sahaja cuma dia was-was bila Help Team Adidas kata memang mereka gunakan kulit babi.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Ramai juga peminat kasut Adidas di Malaysia ni dah kecewa. Takpa, kalau betul-betul nak safe, tunggu je la next model kasut Adidas. 

Baca: Jamu Babi Kepada Wartawan Islam di Melaka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.