“Better than Ayda Jebat” – Ramai Wanita Tergugat Tengok Pakcik Ini Gelek Sakan Lagu Temberang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasa terhibur bila melihat aksi pakcik ini menari, bukan main lentik lagi sampai netizen terpukau melihat pergerakan tariannya yang begitu smooth.

Huhuhu! Comel je admin tengok dia ni. 

Ternyata netizen bersikap terbuka dengan video Tik Tok pakcik Khai1976 yang dikongsikan oleh pengguna twitter ini.

 

“Better than Ayda Jebat”

Seperti yang kita sedia maklum, Ayda Jebat baru sahaja release lagu baru yang berjudul Temberang. Lagu itu mendapat sambutan hangat pendengar bahkan tarian lagu itu juga boleh dinggap satu fenomena terkini dalam negara kita.

Ramai yang mengikut tarian tersebut dan kongsikan di media sosial. Tapi dalam ramai-ramai orang yang buat video menarik tersebut, video pakcik ini lah yang paling menarik perhatian netizen.

Hurm, mengikut ID Tik Tok pakcik ni umurnya baru sahaja menjangkau 43 tahun, tapi gerakan tari pak cik Khai ni boleh dikatakan lagi lawa daripada remaja. Otai masih berbisaaaa… Yasss!!

 

Siap hafal step lagu K-Pop lagi!

Letup lah pakcik ni! Ramai netizen terhibur melihat gelagat pakcik ni menari. Kebanyakannya adalah wanita dan ada yang sampai tergugat melihat kebolehan pakcik ni berjoget lagi bagus daripada gadis-gadis lain.

 

Apapun, kudos dengan pakcik Khai ni, yakin dan berani tak kisah apa orang kata.

Duh aduh aduh, aduh aduh jangan aduh aduh aduh aduh abang, aduh aduh jangan engkau temberang~~~ Alamak! admin pulak dah terpengaruh dengan lagu ni.  Meh ler kita layan lagu ni sama-sama

Baca : “Ayda Jebat lagi tinggi suara macam Whitney Houston” – Tercengang Baca Komen Wanita Ini Pasal Vokal Datuk Siti

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.