“Bestnya feeling Hogwarts sangat!” – Pelajar Naik ‘Ghost Train’ Untuk Ke Sekolah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah dengar tak kat Kelantan ada Hogwarts?

Bukanlah Hogwarts betul pun, tapi beruntungnya pelajar-pelajar di Kuala Krai kerana perjalanan mereka ke sekolah setiap hari umpama dalam cerita Harry Potter!

Ini kisah ketabahan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, yang setia menanti kemunculan ‘Ghost Train’ di celah-celah pagi berkabus — untuk ke sekolah.

Jom baca perkongsian seorang photographer, Wazari Wazir mengenai pengalamannya ‘Mengejar Ghost Train di Kuala Krai’.

 

‘Ghost Train’ muncul seawal 4.20 pagi

Sebenarnya tiada apa yang menyeramkan pun tentang ‘Ghost Train’ ni.

Ia hanyalah gelaran yang diberi kepada kereta api Kelantan Shuttle yang berlepas dari Stesen Kereta Api Tumpat — yang seringkali muncul di sebalik kabus tebal di Kuala Gris seawal 4.20 pagi.

Umpama sebuah kereta api berhantu, tiba-tiba sahaja muncul membelah kabus pagi yang tebal.

Difahamkan, sebelum ini kereta api yang digunakan adalah dari jenis coach lama yang tiada aircond.

Namun sejak tahun 2009, ianya telah diganti dengan yang agak baharu dan diberi nama ‘Kelantan Shuttle’.

Dan Kuala Krai pula, boleh dikatakan antara kawasan paling sejuk di Semenanjung Malaysia selain di Cameron Highlands — jadi suasana berkabus bukanlah sesuatu yang asing di kawasan tersebut.

 

Hanya ada dua pondok menunggu

Difahamkan, semua pelajar yang menaiki kereta api ini adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong — kerana di Kuala Gris, hanya ada sekolah rendah sahaja.

Selain itu, ‘Ghost Train’ ini turut membawa pelajar-pelajar dari Stesen Ulu Temiang, Slow Pak Long dan Bukit Abu.

Kebanyakan penduduk tempatan terutamanya pelajar-pelajar sekolah di kawasan ini sangat bergantung kepada perkhidmatan kereta api ini untuk ke sekolah.

Kalau ada yang bertanya, apakah tiada jalan darat untuk ke Sekolah Menegah Kebangsaan Dabong? Jawapannya memang ada, tetapi agak jauh dan gelap sunyi terutamanya awal pagi.

Lagi pun, lebih mudah untuk mereka menaiki kereta api kerana ibu bapa tidak perlulah berulang alik sejauh 15 kilometer dari Kuala Gris ke Dabong — semata-mata untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah dan menjemput mereka.

Jarak antara sekolah mereka dengan Stesen Kereta Api Dabong hanya sekitar 100 hingga 150 meter sahaja, dan sebelah petangnya pula ada kereta api shuttle yang menanti mereka sekitar 2:30PM untuk membawa mereka pulang.

 

Seronoknya, setiap pagi hirup udara segar!

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana pula keadaannya sebaik pelajar-pelajar ini semua tiba di Stesen Kereta Api Dabong kan?

Ni rupa dia, masih berkabus.

Boleh dikatakan, 95 peratus yang menggunakan perkhidmatan ‘Ghost Train’ ni terdiri dari kalangan pelajar dan guru sendiri.

Jadi kalau ada yang berminat nak merasai pengalaman tunggu keretapi dalam keadaan berkabus ala-ala Harry Potter vibe tu — bolehlah join student ni ke sekolah, sebab waktu berkabus je value gambar korang nampak menarik, bolehlah post kat Insta masing-masing lepastu!

 

Baca: Macam Berjalan Atas Awan, Tangan Gergasi ‘Golden Bridge’ Tarikan Terbaru Vietnam 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.