“Besar weh harimau sebenarnya” – Netizen Teruja Tengok Saiz Sebenar Haiwan Guna Aplikasi Google Search

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang mesti pernah pergi zoo kan? Apa binatang yang paling korang terpegun bila tengok. Kalau tanya admin, mestilah singa. Sebab dulu time kecik kecik selalu layan Lion King.

Korang tahu tak sekarang ni korang boleh tengok binatang tu dekat rumah korang. Bukan secara real lah, tapi secara Augmented Reality (AR). Korang boleh cuba search je nama binatang yang korang nak tengok dekat Google. @RamonaRahmann ada share cara macam mana korang boleh tengok binatang secara AR dekat phone korang.

Besar weh harimau

Selepas di ajar macam mana nak tengok binatang di Google Search, ramai netizen pun macam biasa lah mesti akan cuba. Tapi outcome dia memang buat semua terhibur dan ada jugak yang terpegun.

Sekali harimau punya besar muncul dekat rumah. Nasib baik bukan real, kalau tak memang kena ngap budak tu. Hanya orang yang pegang phone je boleh nampak. 

Amboi ni besar sangat. Dah separas dengan mamat yang mengadap laptop tu. Cuba ke belakang sikit, baru lah nampak perbandingan dia. 

Alolo comel je singa besar tapak tangan. Boleh simpan dalam poket ni kalau besar ni. Jangan sampai kantoi simpan dalam rumah sudah, nanti PERHILITAN datang raid rumah baru tau.

Ni mesti dekat Terengganu. Selalu penyu-penyu ni dekat Terengganu banyak lah. Comel je penyu tu duduk atas rak kaca tu. 

Mak ai ada octopus pulak dalam tandas. Macam mana nak melabur ni. Besar gak octopus ni. Tapi kenapa dalam takoyaki kecik je.

Memang best weh main benda ni. Boleh takutkan orang. Mana tidaknya, admin buat pun terkejut punya besar harimau tiba-tiba ada dalam bilik. Senang lah sikit lepas ni tak payah nak pegi zoo atau safari. Tapi kalau pergi zoo boleh tengok real life. 

 

Baca: “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” – Netizen Terkejut Tengok ‘Penyamaran’ Buaya Ini, Rupa-Rupanya..

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.