Kalau dah namanya kreatif, bagi lah macam mana cara sekalipun, pasti mereka pandai olah balik sesuatu yang diberikan itu untuk menjadikannya dengan lebih menarik lagi.
Terpukau sungguh melihat kretativiti penyanyi underground Takahara Suiko menghasilkan lagu terbarunya yang berjudul Raya Selamba menggunakan ayam goreng dan nugget KFC tu untuk digabungkan dengan satu alat yang dinamakan Makey-makey.
Tiada pembaziran berlaku
KFC x TVS : BEHIND THE SONGWRITING
Kami diusulkan untuk membuat lagu yang menggunakan KFC dan juga Makey-makey, yakni alat yang digunakan untuk trigger butang(bunyi) pada laptop.
Omputih kata 'don't play with your food'
Kita tambah 'unless it's for music lol'#rayaselamba pic.twitter.com/9LFbOAZUUg— . (@takaharasuiko) May 27, 2019
Sebelum wujud sebarang kecaman, Takahara dah menjelaskan bahawa makanan ini semua dimakan selepas digunakan dan dari bab kebersihan pula..
“P/s : tiada pembaziran berlaku, semua makanan dilahap kemudiannya Pp/s : semua kabel dan tangan dan laptop memasing telah dibersihkan sesuci lebaran sebelum dan selepas penggunaan.”
Bagi yang mengikuti muzik-muzik underground ni, pasti korang akan kenal isteri kepada Youtuber Anwar Hadi tu. Lagu-lagunya yang membawa maksud mendalam dan mesej yang tersirat ini merupakan kekuatan pada hasil seninya yang membuat pendengar suka.
Malah menurutnya, lagu Selamba Raya ni juga membawa makna tersendiri dimana ia ditujukan khas kepada mangsa soalan bertubi-tubi makcik-makcik sedara. Try lah dengar, catchy sangat! Ya! Muzik dalam lagu ni lah mereka hasilkan menggunakan ayam goreng & nugget KFC.
Memang sedap! Netizen memang terpukau bila mendengar hasilnya. Tapi sekarang ni admin pun ulang-ulang banyak kali tengok ayam goreng tu.
Bertambah lapar aku – Netizen
Aduhai, menduga betul lah tengok ayam goreng dia ni. Haih! Sabar-sabar.
Baca : Sedap Gila! Die Hard Fans Ayam Goreng WAJIB Pergi Event Ni!