in

Berita Baik Buat Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Nak Bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Bernilai RM300 Hingga RM1,000!

Bkk2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BERITA baik (YAYYYY) buat penjawat awam! Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,009 penjawat awam di negeri ini. – Lapor SinarPlus


Dalam Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Cho Kon Yeow membentangkan bayaran bonus itu melibatkan sejumlah RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember nanti.

Selain barisan hadapan, pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina serta pemberian RM200 seorang kepada seramai 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.

“Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam.”

“Penjawat awam merupakan jentera laksana kerajaan, tanpa mereka pincanglah urus tadbir negeri. Pencapaian gemilang yang telah kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat diperoleh tanpa komitmen dan sokongan yang jitu daripada mereka.”

“Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020, kerajaan negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan dengan setengah  bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang.”

Walaupun bukan orang Penang, min turut gembira mendengar berita ni. Terima kasih kerajaan Pulau Pinang prihatin kepada penjawat awam di sana.

 

Baca : “Sayu rasa” – Dapat Surat Daripada Penjara di Kedah, Ustaz Ebit Lew Hantar Lori Salur Bantuan

Bkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.